ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Kerja pembersihan semak samun di Kompleks C180 didakwa tergendala selepas penduduk menghalang pokok pisang yang ditanam mereka ditebang.
BALAKONG - Kerja pembersihan semak samun di Kompleks C180 di sini didakwa tergendala berikutan penduduk menghalang pokok pisang ditanam mereka daripada ditebang.
Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee berkata, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memutuskan untuk membersihkan cerun sepanjang 200 meter di kawasan itu kerana dipenuhi pokok dan semak samun.
Katanya, kerja pembersihan dimulakan kakitangan Bahagian Lanskap MPKj 27 Mac lalu, selepas persetujuan antara pemilik Kompleks C180 dan pihak MPKj untuk mengindahkan cerun tersebut dicapai.
Menurutnya, menerusi persetujuan, pihak MPKj bertanggungjawab membersihkan semak di cerun, manakala pemilik kompleks akan menanam pokok dan bunga untuk mengindahkan persekitaran.
"Bagaimanapun, kerja pembersihan tergendala kerana terdapat tumbuhan seperti pokok pisang ditanam penduduk di atas cerun.
"Mereka halang kakitangan MPKj menebang pokok tersebut," katanya.
Eddie Ng berkata, MPKj akan mendapatkan bantuan anggota jabatan penguatkuasaan dan mengeluarkan notis amaran kepada pemilik pokok sebelum membersihkan cerun.
"Saya minta kepada mereka yang tanam pokok di cerun atas tanah kerajaan itu bekerjasama," katanya.
Katanya, MPKj tidak menghalang sesiapa menanam tanaman di atas tanah kerajaan dengan syarat ia tidak menyebabkan kacau ganggu.
Menurutnya, MPKj berhak menggunakan tanah tersebut pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.
"Saya harap isu itu dapat diselesaikan dengan cara baik dan tidak perlu sampai kepada tindakan penguatkuasaan," katanya.