BTC USD 84,783.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Halalan Thoyyiban

dazrul

Fun Poster
Messages
384
Joined
Feb 4, 2008
Messages
384
Reaction score
37
Points
20
Adakah Anda Seorang Perokok?
Berhentilah... Demi Keselamatan Diri Anda, Keluarga, Masyarakat Juga Ummah & Juga Untuk Kesejahteraan Roh Anda Di Alam Barzah & Akhirat.

Bacalah Artikel di bawah ini - Penapis Rokok Mengandungi Unsur Khinzir
pigbloodincigar.jpg


Tuntutan Halalan Toyyiban Boleh Memperkasakan Ekonomi Ummah

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:

pic_005.jpg

i) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
ii) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
iii) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
iv) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
v) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Logo-logo HALAL yang tidak diiktiraf:-
n_18logo.jpg
 
Last edited:
526175_3347141970252_1619881991_2654532_1976950182_n.jpg


Halal

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

i) bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
ii) tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
iii) tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
iv) tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.
 
Last edited:
bahasa arab tu eja dia malizia ek ?
 
Smoking From The Great Sufi Masters' Perspective

The great sufi masters of the Tariqa Muhammadiyya movements all spoke out against smoking and criticized it strongly. Here are some explanations on why they considered it to be haram.

We begin with Abd al-Aziz al-Dabbagh (d. 1719) because of his historic precedence and because the book of his teachings, al-Ibriz, is one of the most widespread and highly valued Sufis works today . He said, “Tobacco is forbidden (haram) because it harms the body, because those who smoke it have an addiction to it that keeps them from worship of Allah and cuts them off from it…and because the angels are hurt by its smell.”

His student asked, “But garlic and onions and the like have a bad odor and eating them is not forbidden.”

He replied, “If the right of the human and the right of the angel came into conflict, then the right of the human is given precedence because everything was created for the sake of humans, and therefore that which benefits humans is not forbidden even if it harms angels. And in garlic and onions are clear benefits, in contrast to smoking for it has no benefit….” (1)

Another great shaykh among the Muhammadiyya turuq was Ahmad Tijani (d.1815), founder of the Tijaniyya. He declared Tobacco to be forbidden based on the Prophetic tradition that “All that causes a state of weakness is prohibited”, and tobacco causes a state of weakness because of the smoker’s addiction and dependency.

Al-Tijani also demanded that smokers repent or they will not die a good death, and when one of his followers was dying, he started uttering vulgar words and was not able to say the Shahadah, despite having been a pious man of much worship. When al-Tijani found out that he smoked, he said that this was why he could not utter the Shahadah on his deathbed and that he must repent immediately.

Al-Tijani’s companions refused to give the litanies of the path to any seeker who smoked Tobacco, and if they found out that someone smoked they forced them to quit their litanies until they stopped smoking. (2)

Then came the student of al-Dabbagh’s student, the great scholar Ahmad ibn Idris (d. 1837). He was just as strongly opposed to smoking. When teaching a Prophetic hadith about Allah’s hatred for money squandering, he said,

And the greatest waste of money is in Tobacco. For I heard that in a previous year in which it was scarce, people used to buy it for 11 Riyals a pound. What mind does such a person have? Is there a mind behind this? No, it is far behind! Did he clothe he who has no clothes, or feed the hungry? And it doesn’t nourish or satiate…. And it causes illness: do you not see the chimneys of kitchens, how their shafts become blackened from the smoke that passes through them? So how do you think is the chest and throat of the smoker? Rust has piled up in them, so what benefit is sought from a person whose state is thus? For we have known many who quit it and became much happier, had lesser expenses, and their disposition came back to balance as they have told us; and they were able to sleep better, sleep being the source of man’s rest and mental stability. So what waste of money is worse than this waste?

And I was told by him in whose truthfulness I have no doubt, and in whose story I trust, that he saw the Prophet (pbuh) in his sleep and said to him: ‘Oh Messenger of God, is tobacco halal or haram‘? So he turned to Aisha who was next to him and said: ‘If she smoked it I would not come near her’. So he said, ‘Is it halal or haram’? He said, ‘If she smoked it I would not come near her’ three times. The man of the vision said, “I thought about saying to him: Did you forbid it in the Sharia? And if so, in which part of hadith? But I forgot because of the state I was in.”

So look at that which, had Aisha the mother of the believers smoked, the Messenger (pbuh) would have parted with her. What greater catastrophe is there than the separation of the Messenger of Allah (pbuh) and the Mother of the Believers, and what greater exposition of its prohibition than this? And he who has seen the Prophet (pbuh) in a dream has truly seen him, and he who has seen him in sleep is as if he has seen him in waking. (3)

Ahmad ibn Idris’ grandson Muhammad al-Sharif relates that a scholar asked Ahmad ibn Idris to help him see the Prophet (pbuh) in a dream. So when Ibn Idris saw the Prophet (pbuh) he said: ‘Oh Messenger of God, so-and-so wants to see you in his sleep’, but then the Prophet turned away from him. Then the next time he saw him he mentioned the same thing and the Prophet turned away from him again and it happened a third time. So Ahmad ibn Idris wondered why the Prophet turned away every time he mentioned this man, and the Prophet turned back toward him and said: “This man smokes, and I do not go to him who smokes.” Ahmad ibn Idris told this to the scholar the next time he saw him, which caused him to cry until he fainted. After this he repented for who he had been doing and God accepted his repentance and the Prophet visited him in his sleep for the sake of shaykh Ahmad ibn Idris.

Muhammad al-Sharif also relates about his father Abd al-Aali, Ibn Idris’ son, the following: A man came to my father and said, “This is the price of the wheat, and this for the fava beans, and this for the tobacco.” So Abd al-Aali said with anger, “subhanAllah brother! Who told you to plant tobacco on our land?” And he refused to take the money from the tobacco, and ordered the man to leave the land a whole year without any plant until it is purified.

Finally, Muhammad bin Ali al Yamani, the great grandson of Ahmad ibn Idris through his other son Muhammad al-Qutb, was once invited to the house of a man in Dunqula, Sudan. He accepted the invitation. Before that day came, he passed by the store of the man who invited him and saw him selling tobacco so he said: “subhanAllah brother, you sell tobacco? Your food is haram and I withdraw my acceptance of your invitation”, and he did not go to his house. (4)

There are many more examples from other turuq and other shaykhs, but these shall suffice to show how serious of a sin smoking was considered for these Muhammadan Sufis: It annulled your permission to recite the path’s litanies, it kept the Prophet (pbuh) away from you, it made any money made from it haram, and therefore your food and that which you bought with your money haram, and it prevented you from every Muslim’s greatest wish: husn al khatimah, sealing one’s life with a good end.

And think about this: If tobacco makes the land on which it is planted impure, then what of the body that inhales it?

————

1. al-Lamati, al-Ibriz min Kalam Sidi Abd al-Aziz al-Dabbagh, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyya, pg 260-1.

2. sufi.forumup.co.uk/post-2201-sufi.html

3. Ahmad ibn Idris. al-Iqd al-Nafees, Cairo: Dar Jawami’ al-Kalim, pg 60-1.

4. Saleh al-Jaafari. al-Muntaqa al-Nafees, Cairo: Dar Jawami’ al-Kalim, pg 93.

Sumber: http://riyada.hadithuna.com/smoking-and-the-tariqa-muhammadiyya/
 
Last edited:
Tuntutan Halalan Toyyiban Boleh Memperkasakan Ekonomi Ummah

Oleh: Muhammad Hisyam Bin Mohamad
Fellow IKIM

20/03/2009 | Utusan Malaysia

Halal adalah satu kata nama bahasa Arab di mana kata kerjanya ialah halla, yahillu, hillan yang membawa erti membebaskan, melepaskan, memecahkan, membubarkan dan membolehkan. Apabila ia digunakan di dalam bidang perundangan Islami ia membawa maksud; pertamanya segala sesuatu yang menyebabkan seseorang itu tidak dihukum jika menggunakannya dan keduanya sesuatu yang boleh dikerjakan menurut syarak.
Al-Jurjani dalam Kitab al-Ta’rifat menjelaskan bahawa pengertian halal dengan maksud pertama merujuk kepada keharusan menggunakan benda-benda atau apa-apa yang diperlukan untuk memenuhi keperluan jasmani seperti makanan, minuman dan ubat-ubatan. Manakala pengertian halal dengan maksud yang kedua adalah bersangkut paut dengan keharusan memanfaatkan, memakan, meminum dan mengerjakan sesuatu yang kesemuanya ditentukan berdasarkan nas.

Di dalam al-Quran, Allah s.w.t menggunakan istilah halal dalam pelbagai keadaan ayat. Antara penggunaan tersebut ada yang menyentuh sudut muamalat, hal kekeluargaan dan perkahwinan, makanan dan rezeki dan sebagainya.

Walaupun istilah halal digunakan dalam pelbagai suasana yang berbeza, namun di dalam al-Quran penggunaannya di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan bab makan minum serta mencari rezeki adalah lebih meluas berbanding dengan hal-hal lain. Ini dapat diperhatikan menerusi ayat-ayat tertentu seperti di dalam surah-surah al-Baqarah (2:168), al-Maidah (5:1), (5:4-5), (5:87-88), (5:96), al-A’raf (7:157), an-Nisa’(4:160), at-Tahrim (66:1), al-Hajj (22:30) dan lain-lainnya.

Apa yang lebih menarik tentang konsep makanan dan rezeki halal yang disebut di dalam al-Quran ialah kata sifat “toyyib” yang mengekorinya. Toyyib (atau toyyibah; toyyibat atau tuuba sebagai jamak) dari segi makna ialah sesuatu yang baik atau elok atau yang berlawanan dengan yang buruk. Jadi apabila disebut “halalan toyyiban” ia memberi maksud sesuatu yang halal yang bersifat baik atau elok.

Terdapat empat (4) tempat di dalam al-Quran di mana Allah mengguna perkataan toyyib ini sebagai kata sifat bagi menggambarkan kehalalan makanan atau rezeki. Ia adalah di dalam surah al-Baqarah, ayat ke-168; surah al-Maaidah, ayat ke-88; surah al-Nahl, ayat ke-114 dan surah al-Anfaal, ayat ke-69.

Secara mudah, arahan Allah s.w.t supaya kita makan bukan terhenti setakat memakan makanan yang halal semata-mata, bahkan ia melangkaui ke satu tahap yang lebih daripada itu. Justeru kita disuruh memakan makanan yang halal yang bersifat elok atau tinggi mutunya. Begitu juga dengan sumber rezeki yang kita usahakan bagi mendapatkan makanan halal. Ia sepatutnya terhasil daripada usaha yang halal lagi berkualiti. Penekanan terhadap unsur mutu usaha ini penting kerana rezeki yang diperolehi tadi tentunya lebih baik dan lebih diberkati oleh Allah s.w.t. berbanding rezeki yang dijana daripada kerja atau usaha yang bersifat ala kadar. Tambahan pula kita akan menggunakan rezeki tadi untuk memenuhi keperluan harian diri dan keluarga.

Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, persoalan halal haram dalam soal makan-minum banyak diberi penekanan oleh al-Quran. Walaupun begitu ini tidak bermakna konsep halal dan haram ini tidak disentuh dari sudut lain. Ia sebenarnya turut merangkumi bab-bab muamalat, munakahat, akhlak serta aqidah.

Namun disebabkan minat utama manusia lebih kepada soal makan dan minum, maka keprihatinan kita tentang konsep halal ini juga lebih tertumpu kepada perkara-perkara tersebut.

Ditambah pula dengan sabda-sabda nabi s.a.w yang menyentuh tentang keutamaan yang halal dan amaran-amaran baginda tentang akibat memakan makanan/rezeki yang haram, maka kecenderungan ini dikira sebagai ada asas yang munasabah.

Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia sahaja yang berhak untuk menentukan apa yang boleh dan apa yang perlu dihindari oleh manusia menerusi arahan-arahanNya yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis-hadis rasulNya. Apa yang jelas, pematuhan kepada arahan-arahan ini - walaupun ada kalanya arahan-arahan tadi tidak disukai oleh manusia - memberi kebaikan kepada umat manusia dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini selain menjadi satu sebab musabbab yang menghalang mereka daripada mendapat balasan buruk di akhirat kelak.

Keadaan ini juga terpakai untuk konsep “Halal” dan “Halalan Toyyiban” di mana ia juga merupakan satu konsep yang perlu dipatuhi oleh umat Islam secara menyeluruh. Dari pandangan hidup agama Islam, konsep ini boleh mendatangkan pelbagai kesan positif untuk semua aspek kehidupan manusia. Ini tidak terkecuali sektor ekonomi di mana kesan yang paling ketara dapat dilihat menerusi perkembangan pesat dalam industri makanan halal di serata dunia.

Tuntutan supaya rezeki yang diperolehi itu adalah rezeki yang halal ialah untuk memastikan keberkatan diperolehi dalam kehidupan. Jadi adalah menjadi tanggungjawab setiap orang dan masyarakat Muslim untuk memastikan tuntutan ini dipenuhi. Proses penyediaan makanan dan minuman halal yang bermula daripada penyediaan bahan mentah hinggalah ia terhidang di atas meja sepatutnya dilakukan oleh orang Islam itu sendiri.

Tanggungjawab ini tidak sepatutnya diletak dibahu penganut agama lain kerana mereka sudah tentu tidak mampu memahami kepentingan konsep halalan toyyiban secara sempurna. Jika mereka memahaminya sekalipun, dorongan mereka hanyalah kerana daya keuntungan yang bersifat keduniaan yang ada pada konsep tersebut yang diraih menerusi saiz pasaran dan permintaan daripada pengguna Islam di seluruh dunia.

Fakta inilah juga yang menjelaskan kenapa pengeluar-pengeluar bukan Muslim di negara kita menguasai sebahagian besar pasaran makanan halal negara. Ini adalah suatu paradok kerana mengikut unjuran Unit Perancang Ekonomi, jumlah penduduk Malaysia pada 2008 (termasuk bukan warganegara) berjumlah 27.9 juta orang dengan 13.66 juta adalah penduduk Melayu. Apa yang pelik ialah hanya lebih kurang 15% sahaja pasaran makanan halal dikuasai oleh pengusaha Muslim.

Kecenderungan umat Islam menjadi pembeli dan ketiadaan minat untuk menjadi usahawan merupakan antara sebab utama keadaan ini berlaku. Sebalik jika kita amati dengan mendalam seruan agama Islam supaya umatnya berkerja sendiri dan terlibat dalam bidang keusahawanan, ia sebenarnya ada kaitan dengan ikhtiar membina kekuatan ekonomi umat Islam dan menggurangkan pergantungan kepada barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pengeluar bukan Islam.

Sebagaimana yang kita tahu juga, salah satu matlamat Shariah selain menjaga agama, nyawa, akal dan keturunan ialah menjaga dan memperkasakan harta yakni kekuatan ekonomi. Apabila ramai umat Islam bekerja sendiri maka banyak perniagaan, perusahaan dan industri akan wujud. Bila ini berlaku, perkembangan teknologi akan bertambah pesat dan penciptaan baru akan berlaku bagi memenuhi keperluan pelanggan Muslim. Dan apabila umat Islam terlibat secara giat dalam sektor perniagaan dan perusahaan, kuasa ekonomi akan berada di tangan umat Islam.

Tidak seperti sekarang, kegagalan kita untuk terlibat secara giat dalam bidang perniagaan dan industri menyebabkan umat Islam terpaksa bergantung secara berterusan kepada barangan yang dikeluarkan oleh masyarakat bukan Islam.

Akan tetapi jika semangat berusaha sendiri dan semangat ingin mencari kebaikan sejati menerusi amalan halalan thoyyiban wujud di kalangan masyarakat Islam sejak dari dahulu lagi, masalah ini tentu akan wujud. Malangnya inilah hakikat yang kita perlu terima, lembu punya susu, sapi dapat nama.

Sesungguhnya kekuatan ekonomi atau kekayaan yang dijana menerusi hasil usaha yang halal merupakan satu unsur yang diperlukan oleh setiap orang Islam bagi membolehkannya menjalani satu kehidupan yang sempurna lagi diberkati. Satu kehidupan yang sempurna lagi barakah yang dimaksudkan di sini bukan sahaja terhad dari sudut kemampuannya memenuhi keperluan diri dan keluarganya; bahkan dia berkeupayaan untuk menunaikan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan juga negara.

Ajaran agama Islam menegaskan bahawa sesuatu yang berkat dapat memberi kebaikan kepada banyak pihak dan ia dapat dinikmati untuk satu tempoh yang lama. Justeru ikhtiar dan usaha untuk mencari rezeki halal dan seterusnya membentuk satu kekuatan ekonomi di peringkat individu, masyarakat dan negara wajib dijadikan sebagai sebagai salah satu dasar kehidupan yang perlu dicapai oleh setiap umat dan pemerintah negara Islam.

Sebenarnya jika kita memperhalusi hikmah di sebalik tuntutan agama Islam supaya penganutnya memperlengkapkan diri dengan kekuatan ekonomi kita akan dapati ia ada kaitan rapat dengan unsur paling atas di dalam susunan maslahah daruriyyat iaitu untuk menjaga kesucian agama Islam dan keimanan individu.

Rukun-rukun Islam seperti zakat dan haji tidak dapat disempurnakan oleh seseorang individu sekiranya dia tidak mempunyai kemampuan ekonomi. Begitu juga dengan ibadat-ibadat yang digalakkan oleh agama Islam seperti wakaf, sedekah mahupun hadiah. Kesemuanya tidak terhasil tanpa kewujudan kemampuan kewangan sipelakunya.

Kekuatan ekonomi dan keutuhan status kewangan adalah penawar kepada masalah kemiskinan dan kesan-kesan buruknya. Lukman Al-Hakim pernah menasihati anaknya supaya menutup pintu kemiskinan dengan berusaha mencari rezeki yang halal. Menurut beliau kemiskinan boleh menghasilkan tiga (3) tabiat yang tidak elok iaitu kecuaian dalam menjalankan perintah agama, kelemahan daya pemikiran dan hilang maruah diri.

Oleh yang demikian bagi merangsang minat umat Islam supaya terlibat di dalam bidang keusahawanan atau perniagaan, nabi s.a.w telah menegaskan bahawa sesiapa di kalangan umatnya yang menjalankan menjalankan kegiatan ekonomi secara jujur dan amanah maka kedudukannya adalah setaraf dengan para nabi, siddiqin, syuhada’dan solihin di akhirat kelak.

Apa yang paling penting, sejajar dengan peredaran zaman, kekuatan ekonomi di peringkat ummah dan negara memungkinkan kawalan politik, ketenteraan dan pengaruh fahaman (ideologi). Hal ini amat jelas sekali jika kita perhatikan kepada sejarah penguasaan ekonomi oleh negara maju ke atas negara-negara membangun dan mundur menerusi sistem kapitalisme yang mereka amalkan. Apa yang paling mendukacitakan kelemahan dalam bidang ekonomi menyebabkan banyak negara Islam terpaksa tunduk patuh kepada kuasa-kuasa besar dunia. Justeru sabda nabi s.a.w bahawa kemiskinan itu boleh membawa kepada kekufuran dilihat sebagai satu peringatan bahawa kelemahan dalam bidang ekonomi bukanlah suatu masalah yang boleh dipandang ringan oleh setiap umat Islam.
 
Back
Top
Log in Register