BTC USD 85,632.5 Gold USD 4,146.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Halal

tambah sikit...:D:D

Riba bukan hanya wujud dalam perkongsian keuntungan ataupun di mana ia melabur. tapi dari segi teknikal yang diamalkan oleh syarikat Insurans Konvensional itu sendiri.

Contoh yang mudah :-

1. Sekiranya Pembeli Insurans lambat bayar sebulan, maka interest akan dikenakan, maka beliau terpaksa membayar lebih pada bulan yang berikutnya. Interest itulah Riba.

2. Sekiranya Pembeli ingin mengeluarkan wang simpananya, ia dikeluarkan dengan sistem Pinjaman. dan mesti bayar balik dengan nilai interest yang telah ditetapkan. Interest itulah Riba.

Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.
 
tambah sikit lagi...:D:D


Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:

1. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.

2. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku. (contoh : Kontrak Insurans Hayat Bertempoh)

3. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.
 
all the statement said by Mr Zkry is for traditional conventional insurance. Not applicable for Investment Link type policy.
 
all the statement said by Mr Zkry is for traditional conventional insurance. Not applicable for Investment Link type policy.

aku rasa ko dah confuse la bro... serius.. investment link ke, endowment ke,... hanya beza bahagian investmentnya saja... bahagian perlindungannya pulak depend, sama ada takaful atau convensional..

sebab tu ada produk investment link takaful....
ada produk investment link insurans conventional...

nak bagi ko paham:
investment link prubsn takaful = halal
investment link insurans conventional prudential = haram

sebab dalam insurans konvensional, 'akad' nye adalah jual-beli... 'akad' ni tak sah..

bukan nak kondem kompeni, nak bakar ke apa, nak bagi paham jek...
hukum tetap hukum, sama ada suka atau tidak..
 
Last edited:
cuba ko pikir, kalo insurans investment link prudential tu halal, pasal apa prudential nak susah2 apply lesen takaful?

pasal apa bro aziz bersusah payah fight nakkan produk takaful?

dan apa pulak bezanya produk investment link prudential dan investment link prubsn takaful?

*sekali lagi aku bagitau: aku bukan nak kondem kompeni ko, aku nak bagitau saja.. jangan la pulak puak2 ko nak melenting tak tentu pasal nanti...
 
Last edited:
elok la tu..Bojed join PruBSN

Suffian plak join MAA Takaful..

sama2 Takaful..
 
harap2 yang buat insurans konventional ramai2 tuh dapat hidayah la nak berhijrah....
 
em sama kisah mcm bank.. bila sebut halal haram semua wat xtau je..
 
aku rasa ko dah confuse la bro... serius.. investment link ke, endowment ke,... hanya beza bahagian investmentnya saja... bahagian perlindungannya pulak depend, sama ada takaful atau convensional..

sebab tu ada produk investment link takaful....
ada produk investment link insurans conventional...

nak bagi ko paham:
investment link prubsn takaful = halal
investment link insurans conventional prudential = haram

sebab dalam insurans konvensional, 'akad' nye adalah jual-beli... 'akad' ni tak sah..

bukan nak kondem kompeni, nak bakar ke apa, nak bagi paham jek...
hukum tetap hukum, sama ada suka atau tidak..



hukum tetap hukum.. dan siapa terbakar sekarang?

dont cepat nak reply je...

tgk my statement... investment link tiada riba dan gharar... i ada said akad?

i didnt say endownment , didnt say annuity . i said investment link.


akad - Islam mengharamkan jual beli sesuatu yang tidak ujud
secara fizikal.

Takaful tidak meletakkan Jual beli sebagai asas kepada transaksinya. Ia adalah berkonsepkan sedekah.
 
dont cepat nak reply je...

tak pa Bro.. dia cuma bleh reply waktu lepas pejabat jer.. kalau dia reply waktu pejabat maknanya dia dah gunakan computer pejabat.. sebabnya dia ejen part time.. tunggu tengok TIME dia reply tu..:D

secara logiknya tak ada majikan yang akan mengHALALkan staff dia guna computer pejabat atau apa saja peralatan pejabat untuk tujuan lain selain dari untuk kerja..
 
Back
Top
Log in Register