BTC USD 75,677.2 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hakim Danish bermula barisan depan GP Jerman

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

Hakim Danish bermula barisan depan GP Jerman​

3579302.webp

Hakim Danish akan memulakan GP Jerman di petak ketiga esok. Foto: FB Hakim Danish

PELUMBA negara, Hakim Danish Ramli mengesahkan tempat ketiga dalam sesi Kelayakan 2 (Q2) Moto3 Grand Prix (GP) Jerman di Litar Sachsenring pada Sabtu.

Keputusan itu menyaksikan pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi berkenaan akan memulakan perlumbaan dari barisan pertama esok, sekali gus membuka peluang cerah untuk memburu podium ketiga musim ini.

Hakim Danish mencatat masa 1 minit 24.909 saat (s), hanya dipisahkan 0.029s daripada pelumba kedua, Marco Morelli daripada pasukan CFMOTO Gaviota Aspar Team.

Petak utama menjadi milik pelumba Sepanyol, Brian Uriarte dari pasukan Red Bull KTM Ajo selepas merekodkan masa terpantas 1:24.880s.

Sementara itu, pendahulu keseluruhan Moto3, Maximo Quiles akan memulakan perlumbaan dari petak keempat selepas mencatat masa 1:25.100s.

Kedudukan di barisan hadapan hadir ketika momentum Hakim Danish berada pada tahap terbaik selepas meraih podium pertama Moto3 di GP Republik Czech sebelum ini.

Dengan bermula dari kelompok utama, pelumba berusia 18 tahun itu memiliki peluang untuk bersaing dalam kelompok hadapan sejak awal perlumbaan dalam usaha meneruskan rentak positif di Sachsenring.

Selepas 10 pusingan musim ini, Hakim Danish kini mengumpul 82 mata untuk menduduki tangga keenam keseluruhan kejuaraan Moto3.
 
Back
Top
Log in Register