BTC USD 85,312.7 Gold USD 4,131.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Palsu dan Dhoif

Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah' Oleh: Ghafani Awang Teh (JAKIM)

Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah' Oleh: Ghafani Awang Teh (JAKIM)

Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.

Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.

Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.

Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.

Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia beruasaha menghapuskan rasuah, segala macam bid’ah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya.

Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu. Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah.

Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabi. Bagaimana pun gerakan Wahabi berjaya menawan dua tempat suci itu maka bermulalah fahaman itu bertapak kukuh.

Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.

. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).

. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.

. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).

. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.

. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.

. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.

. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.

Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.

. Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.

. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.

. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.

. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.

. Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.

. Amalan tariqah dilarang sama sekali.

. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.

Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia.

Di negara kita Kerajaan Perlis Indera Kayangan satu-satunya negeri yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Mereka mendakwa berpegang kepada al-Quran dan hadis sahih sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi. Terdapat kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi dan mahir dalam selok belok hukum tertarik dengan fahaman Wahabi dan mengembangkannya di Malaysia.

Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan mazhab sedia ada.

Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.

Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi.

Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.

Tarikh : 23 Disember 2006
Sumber : Pengarah Bahagian ILIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 27304
 
sesapa yg belajar pengajian Islam mesti belajar tentang mazhab2 dan akidah seperti muktazilah,jabariah,syiah dan sebagainya..pasti tau ya..

yg x belajar pasal akidah-akidah ni yg lebih2 kata ni kata tu..

dah ikut2..taklid buta..taklid buta ni hukumnya haram..
 
Kini sedang muncul satu golongan yang menyembunyikan identitinya. Mereka ini jika di negara Arab digelar Ahbash. Perkataan ahbash merujuk kepada pengasas yang berketurunan Habsyi Afrika iaitu Abdullah al-Harari berasal dari Negara Habsyah.

Beliau telah dihalau keluar dari negerinya kerana fitnah yang telah ditimbulkan olehnya di kalangan ahli masyarakat di sana. Beliau melarikan diri ke Lubnan. Di Lubnan beliau telah merekrut ahli-ahli yang taksub dengannya. Berbekalkan fanatisme kepada mazhab Shafii di dalam fiqh dan juga ekstrimisme di dalam mazhab Abu Hassan al-Asyari di dalam akidah, beliau telah memulakan dakwahnya. Beliau menjadikan "takfir" sebagai senjata utama di dalam mengembangkan dakwah. Segala pendapat yang bertentangan dengan fikrahnya dianggap kafir. Ulama-ulama terkemuka telah beliau kafirkan seumpama Ibnu Taymiyah, Ibn Qayyim dan lain-lain. Beliau juga menjadikan tema mengkafirkan Muhammad bin Abdul Wahab sebagai jalan untuk menghasut orang agar bersetuju dengan fikrahnya. Beliau juga mengkafirkan Hassan al-Banna dan Syed Qutb. Yusuf al-Qaradawi merupakan di antara mereka yang dikafirkan oleh beliau dan para pengikutnya. Ulama-ulama kontemporari yang lain seperti Said Ramadan al-Buti, Abdul Aziz Bin Baz, Dr Wahbah al-Zuhayli, Syeikh Mahmud Syaltut, Syed Sabiq dan kebanyakan ulama moden dan juga pemimpin tarekat sederhana seperti Jibril Haddad, tokoh tarekat Naqshabandi zaman ini tidak terlepas dari tuduhan kafir.

Kumpulan ini telah mengambil langkah menyusup masuk ke adalam jabatan-jabatan agama di Lubnan, Syria dan Jordan. Kementerian Waqaf (agama) di Jordan pada satu waktu dahulu telah dipengaruhi oleh kumpulan ini. Mereka telah menyokong Israel yang berdamai dengan rejim al-marhum Raja Hussein demi menempatkan diri mereka di dalam hati pemimpin Jordan. Mereka telah menghantar imam-imam Ahbash untuk menghasut masyarakat agar mengkafirkan sesama Muslim. Bertemakan "memerangi fahaman Wahabi" mereka berakhir dengan mengkafirkan umat Islam dan para ulamanya. Akhirnya pengaruh kumpulan ini berjaya dibendung di Jordan. Para imam Ahbash akhirnya telah dibuang dari tempat masing-masing. Di Lubnan, mereka akhirnya telah diharamkan selepas peristiwa pembunuhan Rafiq Hariri.

Kumpulan ini sering menjadikan "fahaman Wahabi" sebagai kambing hitamnya. Sepertimana golongan Syiah juga, slogan anti-Wahabi itu akan berakhir dengan isu takfir. Kumpulan ini juga telah mengkafirkan Muawiyah sahabat Rasulullah SAW seperti golongan Syiah. Di Jordan, kumpulan ini mempunyai sahabat setia mereka yang berkongsi fikrah "takfir", iaitu Hassan al-Saqqaf. Al-Saqqaf terkenal sebagai seorang yang gemar mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan ulama-ulama besar yang lain. Seperti Syiah dan Ahbash, beliau juga mengkafirkan Muawiyah bin Abi Sufian, sahabat besar Rasulullah SAW.
 
bukan ke buku2 Rasul Dahri tu dah kena banned oleh JAKIM. kalo tak sesat maka tak ler kena banned? ye tak? :">:D

Jakim je cap sesat.... Syiah tu Jakim cap sesat tak?:-? yg terang2 tak ikut sunnah Nabi SAW.

Ni bila ada golongan nk amalkan sunnah berdasarkn al-Quran & hadis sahih yg sanadnya tak boleh diragui, ade pulak yg sibuk nk mengecapnya sesat... semata2 krn berlainan dgn amalan zaman sekarang ye tak?

btw, bro dh baca ke buku2 tu? ada apa2 ulasan?
 
Jakim je cap sesat.... Syiah tu Jakim cap sesat tak?:-? yg terang2 tak ikut sunnah Nabi SAW.

Ni bila ada golongan nk amalkan sunnah berdasarkn al-Quran & hadis sahih yg sanadnya tak boleh diragui, ade pulak yg sibuk nk mengecapnya sesat... semata2 krn berlainan dgn amalan zaman sekarang ye tak?

btw, bro dh baca ke buku2 tu? ada apa2 ulasan?

saya xbaca lagi buku2 rasul dahri.:D
 
Puisi dakwah

PUISI DAKWAH
Aus Hidayat Nur

Katakanlah, Inilah jalanku, aku mengajak kalian kepada Allah dengan bashirah, aku dan pengikut-pengikutku. Mahasuci Allah, dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik

Jalan dakwah panjang terbentang jauh kedepan
Duri dan batu selalu mengganjal, lembah dan bukit menghadang
Ujungnya bukan di usia, bukan pula didunia.
Tetapi Cahaya Maha Cahaya, Syurga dan Ridho Allah
CINTA ADALAH SUMBERNYA, HATI DAN JIWA ADALAH RUMAHNYA.
PERGILAH KE HATI-HATI
MANUSIA, AJAKLAH KE JALAN RABBMU
Nikmati perjalanannya, berdiskusilah dengan bahasa bijaksana
Dan jika seseorang mendapat hidayah karenamu. Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya

Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu
Jika engkau CINTA maka dakwah adalah FAHAM
Mengerti tentang Islam, Risalah Anbiya dan warisan ulama.
Hendaklah engkau fanatis dan bangga dengannya
Seperti Mughirah bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra

Jika engkau CINTA, maka dakwah adalah IKHLAS
Menghiasi hati, memotivasi jiwa untuk berkarya
Seperti kata Abul Anbiya, Sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata bagi Rabb semesta
Berikan hatimu untuk Dia, katakan Allahu Ghayatuna

Jika engkau CINTA maka dakwah adalah AMAL
Membangun kejayaan umat kapan saja, dimana saja berada
Yang bernilai adlah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan.
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan
AL ISLAH WA TAGHYIR
Dari diri pribadi, keluarga, masyarakat hingga negara. Bangun aktivitas secara tertib untuk mencapai KEJAYAAN

Jika engkau CINTA maka dakwah adalah TAAT
Kepada Allah dan RasulNya, Al-Qur’an dan sunnahnya
Serta orang-orang bertaqwa yang tertata. Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah
Karenanya nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah

Jika engkau CINTA maka dakwah adalah TADHIYAH
Bukti kesetiaan dan kesiapan memberi, pantang meminta. Bersedialah banyak kehilangan dengan sedikit menerima
KARENA YANG DISISI ALLAH LEBIH MULIA....SEDANG DISISIMU FANA BELAKA
Sedangkan setiap tetes keringat berpahala berlipat ganda

Jika engkau CINTA maka dakwah adalah TSABAT
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan. Buah dari sabar meniti jalan,
teguh dalam barisan
ISTIQOMAH DALAM PERJUANGAN DENGAN KAKI TAK TERGOYAHKAN
Berjalan lempang jauh dari penyimpangan

Jika engkau CINTA maka dakwah adalah TAJARRUD
Ikhlas di setiap langkah menggapai suatu tujuan.
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini
ENGKAU DA’I SEBELUM APAPUN ADANYA ENGKAU.
Dakwah tugas utamamu sedangkan lainnya selingan

Jika engkau CINTA maka dakwah adalah TSIQOH
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan.
Kepada Rasul, Islam, Qiyadah dan Junudnya
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujuran,
KARENA INILAH KAFILAH KEBENARAN YANG PENUH BERKAH

Jika engkau CINTA maka dakwah adalah UKHUWAH
Lekatnya ikatan hati berjalan dalam nilai-nilai persaudaraan. Bersaudaralah dengan muslimin sedunia, umumnya mukmin mujahidin
LAPANG DADA syarat terendahnya, ITSAR bentuk tertingginya
Dan Allah yang mengetahui, menghimpun hati-hati para da’I dalam cintaNya berjumpa karena taat kepadaNya
MELEBUR SATU DALAM DAKWAH KE JALAN ALLAH, SALING BERJANJI UNTUK MENOLONG SYARI’ATNYA

Alhamdulillah, berkat kesabaran pejuang2ku, uzy dapat " memaksakan diri " untuk kembali.

Ikhwati fillah, perjuangan ini tidak lah akan semakin mudah. Namun seberat apapun beban yang kita kedepan dengan segenap kepahaman hingga kestiqohan kita. Kita akan senantiasa tegar berdiri. Menapaki perjalanan panjang ini. Mohonlah agar senantiasa diistiqomahkan dijalanNya.Cinta yang ada yang akan menjadikan kita sibuk untuk senantiasa memberi dan bukan menuntut. Langkah kita tak kenal henti...sejak hari ini hingga kesyahidan atau kemuliaan menjadi milik kita. Allahu Akbar!!
__________________
 
CINTA DALAM SEPOTONG CITA

Ya Rabb,
Bentuklah adik-adik kami,
Menjadi muslim yang jauh dari sifat egois,
Menjadi muslim yang jauh dari sifat kikir,
Menjadi muslim yang jauh dari sifat tamak
Bentuklah adik-adik kami,
Menjadi muslim yang rasa cintanya pada saudaranya melebihi rasa cintanya pada dirinya sendiri,
Menjadi muslim yang mendahulukan saudaranya dari pada dirinya sendiri,
Menjadi muslim yang rela menanggung lapar agar saudaranya kenyang,
Menjadi muslim yang tidak pernah menghina saudara-saudaranya,
Dan tidak pernah membiarkan saudaranya dihina atau menghina,
Menjadi muslim yang berguna bagi lingkungannya,

Ya Rabb,
Bentuklah adik-adik kami
Menjadi muslim yang CUKUP KUAT mengatasi KELEMAHANNYA
Menjadi muslim yang CUKUP BERANI mengatasi KETAKUTANNYA

Ya Rabb,
Bentuklah adik-adik kami
Menjadi muslim yang BANGGA dan TEGUH DALAM KEKALAHAN, jujur dan rendah hati serta berbudi halus
Menjadi muslim yang berbelas kasih terhadap mereka yang gagal

Ya Rabb,
Kami mohon agar adik-adik kami,
JANGAN dipimpin di atas jalan yang mudah dan lemah
Tetapi di bawah TEKANAN dan DESAKAN, KESULITAN dan TENTANGAN !!!
Didiklah adik-adik kami supaya TEGUH BERDIRI DI ATAS BADAI !!!
Berilah mereka juga kerendahan hati agar mereka ingat pada kesederhanaan dan keagungan asli, pada sumber kearifan juga pada kekuatan asli,

Ya Rabb,
Sesungguhnya Engkau-lah Allah yang Maha Luas pemberiannya, lagi Maha Mengetahui,
Bentuklah adik-adik kami,
Menjadi muslim yang sentiasa ingat kepada-Mu
Menjadi muslim yang mencintai-Mu
Yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mu’min
Yang bersikap keras terhadap musuh-musuh Islam
Yang berjihad di jalan-Mu
Dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.
Dengan demikian, kami, Abang-kakak mereka dapat tersenyum, bersyukur dan berbisik :
“Pengorbanan kami tidak sia-sia . . .”
 
terima kasih potensipips kerana jelas terang dan lebar.. cuma saya nak dipertulkan dimalaysia ni masih tiada lagi yang boleh dicopkan wahabi..

rata2 mengikut hadis dan al-quran.. sudah tentu apabila kita berpandukan dengan nas dan hadis yang lebih kuat, mustahil kita nak 100% ikut mazhab syafie. kalu nak ikut mazhab syafie, ikutlah ,

tapi jika ada ada dalil dan nas yang kuat tetapi berbeza pandangan dengan syafie.. ikutlah dalil yang lebih kuat
sesungguhnya yang maksum adalah hanya NABI MUHAMMAD SAW dan kitab yang paling sempurna hanyalah AL-QURAN.
 
Back
Top
Log in Register