Kisah 1 : Kehilangan Cincin Berlian
Puan Hasnah baru pulang dari kenduri perkahwinan. Oleh kerana terlalu letih ia menyimpan cincinnya di atas meja cermin biliknya dan terus tidur. Pada sebelah paginya Puan hasnah terlupa memakai cincinnya kerana sudah terlambat bangun dan terus pergi ke pejabatnya. Di pejabatnya barulah Puan Hasnah teringat akan cincinnya. Dengan tidak berlengah-lengah lagi ia menelefon anak gadisnya Zaiton di rumah supaya mengambilnya untuk disimpan. Sebentar kemudian Puan Hasnah menerima panggilan daripada anak gadisnya menyatakan yang ia tidak jumpa cincin tersebut.
Di manakah cincin berlian itu?
Selain daripada anak gadisnya Puan Hasnah mempunyai pembantu rumah bernama Aminah yang telah bekerja dengannnya selama lebih daripada lapan tahun. Puan Hasnah meletakkan kepercayaan yang penuh kepada Aminah. Dua minggu yang lepas Aminah sentiasa sugul dan kerap pula bermenung seorang diri.
Apakah yang difikirkan oleh Aminah?
Kisah 2 : Kehilangan Cincin Berlian
Anak gadis Puan Hasnah bernama Zaiton. Ia suka berbelanja dan menghias diri. Ia telah meminta ibunya membeli seutas gelang emas seperti yang dipakai oleh kawannya Fatimah. Puan Hasnah tidakmenggalakkan ia memakai perhiasan badan kerana ia kurang cermat. Baru-baru ini Zaiton tertarik dengan sekeping gambar iklan dalam majalah wanita yang menunjukkan sebentuk cincin berlian. zaiton berhasrat ingin memiliki cincin tersebut?
Siapakah yang telah mengambil cincin Puan Hasnah?
Puan Hasnah kembalike rumah pada sebelah petang. Ia terus bertanya kapada Zaiton dan Aminah jika mereka melihat cincinnya. Kdua-duanya mengelengka kepala. Puan Hasnah berlari ke meja cerminnya. Ia mencari kalau-kalau cincinya terjatuh dari meja itu tetapi cincin itu masih tidak ada di situ. Ia sudah berasa gementar kerana cincin itu cincin pusaka pemberian neneknya semasa perkahwinannya dahulu. Mungkinkah ia meletakkan ditempat lain. Puan Hasnah masih mencari dalam almari dan dalam laci tetapi masih tidak berjumpa juga. puan Hasnah yakin telah meletakkan cincinnya di atas meja cermin itu.
Siapakah yang mengambil cincin itu?
Kisah 3: Kehilangan Cincin Berlian
Sungguhpun dua hari telah berlalu semenjak cincinnya hilang, Puan Hasnah tidak putus asa untuk mencarinya. Tiap-tiap malam dia berdoa meminta tunjukkan siapakah yang mengambil cincinnya.
Pada suatu pagi sahabat Puan Hasnah berjumpa dengannya di pejabat. Sahabatnya menerangkan yang ia telah berjumpa Aminah, pembantu rumahnya berjalan kepekan menuju ke sebuah kedai pajak.
Apakah yang dibuat oleh Aminah di situ?
Rupanya Aminah terdesak oleh perasaan sedih hendak pulang ke rumah saudaranya sakit di kampung. Ia bercadang meninggalkan rumah Puan Aminah tanpa memberitahu kepadanya. Jika diberitahu ia khuatir Puan Hasnah tidak membenarkan ia pergi. Malangnya ia tidak berwang. Pada pagi itu ia berkemas di bilik Puan Hasnah dan terlihat olehnya cincin tersebut.
Siapakah yang mengambil cincin tersebut?