ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Gwen Stefani
LOS ANGELES - Penyanyi Gwen Stefani dilaporkan memfailkan penceraian dengan suaminya, Gavin Rossdale, baru-baru ini selepas 13 tahun hidup bersama.
Menurut laman web E! Online, keputusan untuk berpisah itu dibuat selepas kedua-dua pihak memberitahu mereka tiada persefahaman lagi untuk terus hidup sebagai suami isteri.
“Walaupun kami berdua telah membuat keputusan untuk tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam perkahwinan, tetapi kami akan tetap menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dan komited untuk bersama-sama membesarkan tiga anak kami dalam suasana yang gembira dan sihat,” ujar pasangan itu dalam satu kenyataan.
Pasangan itu yang berkahwin sejak 13 tahun lalu selepas mula bercinta ketika sama-sama membuat persembahan pentas pada tahun 2002 memiliki tiga orang anak iaitu Kingston, Zuma dan Apollo.
Bekas Pemenang Anugerah Ikon Gaya Terbaik 2014 itu juga dalam masa sama turut memohon hak penjagaan bersama terhadap ketiga-tiga anaknya di Mahkamah Tinggi Los Angeles.
Pada Mac lalu, penyanyi berusia 45 tahun itu memberi bayangan mengenai kisah rumah tangganya dalam satu wawancara bersama majalah Cosmopolitan.