BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru warga Perancis diraba 'beach boy'

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
GEORGETOWN - Percutian seorang guru warga Perancis di Taman Negara Pulau Pinang bertukar menjadi episod hitam apabila nyaris diperkosa seorang remaja berusia 18 tahun petang semalam.

Sabrina Lafki, 35, datang bercuti bersama keluargapada mulanya mahu bertanya laluan ke Monkey Beach kepada remaja berkenaan.

Namun, setelah 20 minit perjalanan, tiba-tiba suspek dipercayai bertindak menarik dan memeluknya dari hadapan sebelum bertindak mencium beberapa kali.

Ketika itu, difahamkanibu bapa mangsa tidak mengikuti mangsa dan hanya menunggu di pejabat Taman Negara kerana letih.

Suspek dipercayai bekerja sebagai 'beach boy' didapati mengambil kesempatan bertindak meraba buah dadanya dan cuba membuka baju wanita itu, ketika menemaninya untuk menunjuk laluan ke pantai.
Menurut sumber, mangsa hanya bersama anaknya ketika kejadian manakala ibu bapa mangsa tidak berada di situ.

"Mangsa meronta-ronta cuba melepaskan diri dan sempat mencakar muka remaja berkenaan.

"Mangsa menjerit minta tolong namun tiada sesiapa berada berdekatan kawasan itu. Beberapa minit kemudian, remaja itu melarikan diri setelah menyedari kehadiran beberapa pelancong dikawasan itu,"katanya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, suspek ditahan oleh pegawai penguatkuasa Taman Negara Pulau Pinang dalam tempoh sejam selepas kejadian itu berlakudi dalam hutan ke arah Monkey Beach.

"Suspek diserahkan kepada polis Ibu Pejabat Daerah Barat Daya untuk tindakan lanjut.

"Kini suspek direman sehingga 3 Mac ini siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

"Jika sabit kesalahan, remaja itu boleh dihukumpenjara maksimum 10 tahun atau denda atau boleh dikenakan sebatan," katanya.
 
mesti dia terbaca kisah beach boy kt tioman dari nenek, mak dgn anak sekali dapat die pun nak try
 
aduhhhh...busukk siottt
 
malaysia kearah kuasa besar horny:))
 
dia ingat semua mat saleh boleh makan kot....kekekkee
 
ada hati nak try omputeh...hihi

cita2 beso..harus dipuji
 
tu la percaya lagi cerita kat metro.padan muka kena cakar
 
apa dia ingat orang putih ni senang2 serah diri ker.. adoiii
 
Back
Top
Log in Register