BTC USD 84,037.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru -Tiada Jaminan Penempatan --Updated--Link Semakan

kozu

Legendary Member
gem
Messages
11,066
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,066
Reaction score
248
Points
133
Updated :

ESOK(19/10/2009) SEMAKAN MELALUI ONLINE BOLEH DIBUAT UNTUK POSTING

TAHUN INI..KLIK SEBELAH SEMAKAN GSST (GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH

UPDATED FIRST PAGE..

YANG TAKDE NAMA CALL NO NI :: 0388849498 @ 0388845069



Pengambilan baru : Hanya empat program ditawar, tiada jaminan penempatan

Tanjong Malim, 15 Okt.- Pengambilan pelajar baru bagi ambilan Disember 2009/10 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hanya menawarkan empat program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan iaitu Sains Kejurulatihan, Seni Komunikasi Visual, Multimedia dan Teknologi Rekabentuk Berkomputer yang mengambil masa 4 tahun atau lapan semester pengajian.

Program dibuka kepada calon lulusan STPM, Matrikulasi dan Diploma untuk setiap program yang ditawarkan.

Kesemua program yang ditawarkan adalah untuk pasaran terbuka (open market) dan tidak mempunyai sebarang jaminan penempatan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selepas tamat pengajian berdasarkan iklan yang disiarkan web permohonan atas talian UPSI.


Kalau dah ada..Mod tulung delete..

Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke [email protected], pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.
 
Last edited:
hurm..duit malaysia dah habis ke..hurm
 
Kemana depa buat lesap duit nih
 
pakcik aku masa raya hari tu bagitau, tapi aku tak berapa nak caya la

dia cakap lulusan UPSI mmg tak confirm ada keje pas grad

dia kontraktor so aku tak berapa nak dengar sebab apa kena mengena ngan cukgi

Tapi sekarang terbukti... dia cakap gomen takde duit, tu yang bijan gi buat umrah satu ketika dulu, pinjam duit ngan Arab
 
apa kena mengena ngan F1, F1 bukan guna duit gomen, tu duit persendirian

diorang dah takde duit so mmg tak dapat nak buang duit dah
 
claim mana2 staf gomen pon susah nk dpt dah skang...
 
hurm...makin teruk ekonomi malaysia ni kene belasah, umah pmimpin makin besar2. umah kite makin kecik
 
Back
Top
Log in Register