BTC USD 84,268.9 Gold USD 4,157.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru -Tiada Jaminan Penempatan --Updated--Link Semakan

aku salah seorang yg menuntut di ipgm..waaa..
actually crita ni kami tau awai dahh..cuma diminta utk classifield dulu..
skang ni un, tgh tunggu official statement dr kementerian pelajaran..
errr,,mcm aku ni..audit MQA pun tak lepas ag..:((:((
sabar dulu...
tunggu keputusan rasmi KPM...... :)
 
Kalau dah ada..Mod tulung delete..

Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke [email protected], pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.

dah teruk ekonomi skrg ni ~X(:o
 
kerajaan...oh kerajaan.. kau gagal menjalankan tgjwb kau kpd rkyt sebenarnya... kesian pd guru ganti kena berhenti serta merta xde duit nk byr. claim pun x dpt dh... ke mana duit kerajaan semua??? beri lak peluang ubah kerajaan yg susah sng brsama rkyt...bukan pemimpin jer yg senang ...hak thuiii..
 
ok la tu takde duit cakap takde duit
jangan takde duit cakap bnyk duit
 
tula ekonomi ktanya teruk ckit tahun 2010.. apa la nasib.. dgr citer jgk lps 10thn eco mlysia akn gawat.. mcm thn 1999,1986.. klu slh tlg betulkan
 
Mana nyer takde duit? Duit Petronas untung cecah Billion? Mana pergi?. Duit Bapak Menteri dan Kroni yang kaya raya dari Era Mahadir byk di overseas account KONONNYA nak buat apa?. Duit LHDN saban tahun meningkat ratusan jutaan ke mana abisnya? Dana BNM menyusut siapa dalangnya? Disnilah rakyat didahulukan bilamana perkara pertama yg akan kerajaan lakukan adalah menyerap dr budget yg penting utk rakyat spt pendidikan. Last last KWSP jugak nanti didahulukan...best arr govt nie..sama sama kita menang BESARkan BN di PRU akan datang supaya rakyat akan didahulukan lagi.
 
ni sebab pasal nak wat F1 1Malaysia kot yang penempatan guru2 dibekukan??ke sebab PIPP nak dirombak semula...jadi bekukkan dulu penempatan guru2
 
Back
Top
Log in Register