BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru silat dipenjara

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
JOHOR BAHRU: Seorang guru silat, pengamal perubatan tradisional dan broker tanah dijatuhi hukuman penjara tiga hingga enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas masing-masing didapati bersalah menipu seorang pengarah syarikat di Sarawak dalam urusan penjualan tanah bernilai RM9.3 juta di Jalan Skudai, 15 tahun lalu.

Sabariah dalam penghakimannya berkata, keputusan mahkamah turut dibuat dengan mengambil kira tempoh perbicaraan ketiga-tiga tertuduh selain mempertimbangkan hak serta kepentingan awam.


Berdasarkan pertuduhan pertama, Johari Mansor, 52; Md Jhomi Md Supian, 56, dan Yap You Jee, 61, didakwa menipu Pengarah Syarikat Solid Estate (Sarawak) Sdn Bhd, Datuk Ding Lian Cheon dengan memperdaya mangsa untuk mempercayai tanah Lot 21448 dan Lot 1152 di Jalan Skudai adalah milik Kerajaan Negeri Johor.


Mereka juga mempengaruhi mangsa untuk percaya bahawa permohonan pembelian tanah berkenaan mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Negeri Johor hingga mendorong Ding mengeluarkan sekeping cek bernilai S$3,450,000 (kira-kira RM6.18 juta) atas nama Abdul Ghani Othman kepada tertuduh kedua (Mohd Jhomi) pada 13 Julai 1995.


Tidak cukup dengan itu, Johari yang lebih dikenali sebagai ‘Datuk Johari’ bersama Md Jhomi turut didakwa menipu Ding dengan memperdayakan mangsa berhubung pembatalan tuntutan premium hingga mendorong lelaki berkenaan menyerahkan wang tunai berjumlah RM2 juta di Hotel Hyatt Regency, Jalan Sungai Chat, di sini, pada 23 September 1995.

Md Jhomi kemudian bertindak lebih jauh apabila mengulangi perbuatan sama dengan memperdaya Ding supaya mempercayai dia (tertuduh) boleh mendapatkan kelulusan Majlis Mesyuarat Negeri Johor untuk melanjutkan pajakan mukim tanah berkenaan dari 99 tahun kepada 999 tahun, sekali gus mendorong mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak RM1.3 juta.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Hotel Hyatt Regency, Jalan Sungai Chat, di sini, antara 23 September hingga 27 Oktober 1995.


Berikutan kesalahan itu ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kerana menipu.


Terdahulu dalam hujahan yang dikemukakan pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap semua tertuduh sebagai mencerminkan usaha serius kerajaan dalam menangani jenayah tipu di kalangan masyarakat.


“Selain mengambil kira kepentingan awam, mahkamah wajar menimbang semula semua faktor sampingan, termasuk jumlah wang RM9.3 juta yang terbabit dalam kes serta tindakan tertuduh yang mencemarkan nama Kerajaan Negeri Johor, Menteri Besar, Setiausaha Sulit Kerajaan Negeri dan parti politik yang dipimpin,” katanya.


Hasil pertimbangan mahkamah, Yap dihukum penjara tiga tahun manakala Johari dan Md Jhomi masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam tahun, Sabariah bagaimanapun membenarkan semua tertuduh menjalani penangguhan hukuman hingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dengan jaminan tambahan RM3,000 setiap seorang.
 
Yap dihukum penjara tiga tahun manakala Johari dan Md Jhomi masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam tahun..

nape hukuman lain2 ya?
 
Yap dihukum penjara tiga tahun manakala Johari dan Md Jhomi masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam tahun..

nape hukuman lain2 ya?

base on sapa mastermind n sapa penolong kot.. guru silat tu jdi bodyguard rsya..

Skrg ni penjenayah pn pakai 3 element, duit, kuasa dan akal yg licik
 
base on sapa mastermind n sapa penolong kot.. guru silat tu jdi bodyguard rsya..

Skrg ni penjenayah pn pakai 3 element, duit, kuasa dan akal yg licik


mastrmind cina guard malay..
cina 3taun malay 6taun..

agak2 ada rasuap ke...?
cina kan pulus bnyak ma...
 
Back
Top
Log in Register