balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
MAYAT Rajan yang maut dalam kemalangan di Jalan Besar Kundang, Gombak semalam.
GOMBAK - Seorang guru maut apabila kereta yang dipandu untuk ke sekolah terlibat dalam kemalangan di Jalan Besar Kundang di sini semalam.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian pada pukul 6.50 pagi itu, mangsa, K. Rajan, 47, yang memandu kereta Perodua Kelisa gagal mengawal kenderaan lalu merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dari arah bertentangan.
"Akibat kemalangan itu mangsa cedera teruk di kepala dan mati di tempat kejadian, manakala pemandu MPV, Teng Mei Hong, 43, hanya cedera ringan," katanya di sini semalam.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0318&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm