BTC USD 81,354.9 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru DGA41 dakwa dianiaya

Kalo nak citer kes terpencil tu payah gak kan.. x kira kita keje ape baik guru, kerani atau keje kilang sekali pun mmg ade yg buat side income.. tu usaha lebih diorg kite x leh nak larang.. asalkan drg x buat keje2 maksiat sudah..
p/s: Sikap org melayu mmg suka dengki & x suka tengok org lain lebih senang lebih kaya dll..
 
ramai jd cikgu sbb sng wat loan:D loan umah, keta, personal dll:"> gaji cikgu skrg nie pon best jugak:D
 
Kalo nak citer kes terpencil tu payah gak kan.. x kira kita keje ape baik guru, kerani atau keje kilang sekali pun mmg ade yg buat side income.. tu usaha lebih diorg kite x leh nak larang.. asalkan drg x buat keje2 maksiat sudah..
p/s: Sikap org melayu mmg suka dengki & x suka tengok org lain lebih senang lebih kaya dll..

tak heran laaa budak2 skang ni mcm hape aje perangai .... dah keikhlasan dalam mengajar tu dah kurang ... ilmu tak berkat pas tu tak melekat ajarannya ....

guru skang ni mana ade dihormati mcm dulu dah

cam hari tu bersepah dok kedai kopi sambil bawak labtop dok bincang eaindex laa swisscash laa mutualfund laa bla bla bla
 
tak heran laaa budak2 skang ni mcm hape aje perangai ....
kat sekolah budak2 besama guru hanya 8 jam sahaja, 16 jam lg dgn sape? :-?

keikhlasan dalam mengajar tu dah kurang ... ilmu tak berkat pas tu tak melekat ajarannya ....
Ikhlas tu x nampak bro.. Allah dan diri sendiri jer yg tau.. :)

guru skang ni mana ade dihormati mcm dulu dah
yg ni plak tanye kerajaan nape.. :-?

cam hari tu bersepah dok kedai kopi sambil bawak labtop dok bincang eaindex laa swisscash laa mutualfund laa bla bla bla
Mmg wujud populasi mcm ni terdiri dpd pelbagai jab kerajaan & swasta. :)

p/s: Off topic da.. :)
 
tak heran laaa budak2 skang ni mcm hape aje perangai .... dah keikhlasan dalam mengajar tu dah kurang ... ilmu tak berkat pas tu tak melekat ajarannya ....

guru skang ni mana ade dihormati mcm dulu dah

cam hari tu bersepah dok kedai kopi sambil bawak labtop dok bincang eaindex laa swisscash laa mutualfund laa bla bla bla

jangan kerana mulut badan binasa...ayat anda itu telah di tujukan kepada semua warga pendidik..seperti aku...

kerana seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit...ini lah kisahnya...dengan komuniti @ populasi yang ramai ..guru terus di hamburkan dengan kata-kata yang tidak sedap di dengar...

ya..memang ada segelintir guru yang membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya..tetapi bukan semua guru begitu...

Anak jadi rosak..issssssh..issssssssh..adakah guru sahaja yang harus dipersalahkan.....

Guru semakin kurang di hormat------ tanyalah pemerintah apabila kedudukan telah dipolitikkan untuk kepentingan peribadi..

jangan hanya pandai menunduh dengan mengatakan semuanya adalah sama....

Janganlah pulak orang kata " Belajar aje Tinggi Bertingkat-tingkat...Tetapi..............." sambung ajelah sendiri..kalo mahu..

p/s: kpd cik kak yang tak puas hati..hebahkanlah ke tak puas hati anda kepada NUTPP..sebuah badan @ suara yang biasa di dengar oleh kerajaan..yg mewakili seluruh kaum pendidik..

Sekarang..of coz cik kak akan rugi...but for the long term..cik kak fikir sendirilah...

sorry banyak off topic..
 
Last edited:
aku sokong

aah betul jugak apa yg ko katakan ni, kerja guru sekarang tak macam kerja guru 20 tahun yg lepas,, ianya semakin mencabar dari tahun ke tahun,,, tak baik kalau kita menuding jari kepada satu pihak saja... gaya hidup pun kena tgk jugak...
 
Apa kata NUTP

NUTP mahu sistem pelarasan gaji dinilai semula

KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada hakikatnya cukup memahami situasi yang berlaku membabitkan gaji guru terutama di kalangan guru siswazah bergred DGA41 dan guru bukan siswazah yang menerima kenaikan pangkat secara ‘time based’.

NUTP mengakui perbezaan gaji antara dua gred itu tidak boleh dijadikan perbandingan lantaran kedua-dua skim itu amat berbeza iaitu membabitkan perlantikan dan kenaikan pangkat.

Namun, atas tuntutan rasa simpati dan desakan kelompok guru siswazah yang menganggap diri mereka teraniaya, NUTP berasakan ada kebenarannya nasib guru terbabit perlu dibela dan meminta kerajaan terutama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melihat semula sistem yang diguna pakai dalam kenaikan gaji seperti dinikmati kakitangan awam pada hujung bulan ini.

Presidennya, Anuar Ibrahim, berkata memang sudah ada pekeliling yang menjelaskan bahawa guru bukan siswazah akan secara automatik menukar gred mereka ke skim baru sekiranya memperoleh ijazah dan memohon memasuki skim perkhidmatan pendidikan siswazah.

“Justeru, golongan ini sepatutnya tidak perlu melenting sekiranya tidak memperoleh apa yang mereka inginkan kerana keputusan untuk menyambung pelajaran bukan atas desakan mana-mana pihak, tetapi keputusan guru itu sendiri.

“Tambahan pula, dalam situasi kerajaan kini yang menggalakkan dan memberi peluang terbuka kepada guru bukan siswazah menyambung pelajaran dengan pelbagai saluran menyebabkan terlalu ramai guru mengambil peluang itu tanpa sebelumnya memikirkan semua faktor yang mungkin berlaku kemudian,” katanya.

Namun, persoalan yang cuba dibangkitkan NUTP ialah jika dipandang dari sudut kemanusiaan dan ganjaran atas usaha gigih guru menyambung pelajaran, sewajarnya kerajaan mengambil kira dan memandang keluhan guru terbabit sebagai sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian.

“NUTP bersetuju atas tawaran gaji 35 peratus kepada Pegawai Kerajaan Sokongan Dua memandangkan keputusan ini adalah satu keadilan sosial yang perlu dilaksanakan dan membawa nafas baru kepada golongan berpendapatan rendah.

“Namun, pelaksanaan kenaikan gaji 25 peratus untuk guru bukan siswazah dan 15 peratus untuk guru siswazah menyebabkan skim gaji guru menjadi ‘huru-hara’. Guru siswazah menganggap mereka tertipu, teraniaya dan berasa sia-sia memegang segulung ijazah,” katanya.

Merujuk kepada kes guru yang sudah berkhidmat hampir 10 tahun dan belum dinaikkan pangkat secara ‘time based’ tetapi mengambil keputusan menyambung belajar, akan mendapati gaji mereka selepas memperoleh ijazah adalah lebih rendah berbanding rakan sejawatan sebelum ini yang dinaikkan pangkat secara ‘time based’.

Situasi ini berlaku kerana guru bukan siswazah yang sudah menjangkau 10 tahun perkhidmatan dalam skim itu akan menerima kenaikan pangkat ‘time based’ sekiranya lulus ujian penilaian tahap kecekapan (PTK) sedangkan guru yang menyambung belajar tidak akan mendapat kenaikan itu lantaran tidak berkhidmat di sekolah.

Situasi itu menjadi lebih kronik apabila guru yang menerima kenaikan pangkat ‘time based’ (DGA32) pada 2002 dan menerima gaji RM1,932.85 ketika itu, kini sudah memperoleh gaji sebanyak RM2,326.10, diberi pula kenaikan gaji sebanyak 25 peratus menjadikan mereka menerima sebanyak RM2,907.60.

Nasib berbeza diterima rakan mereka yang menyambung pelajaran dan dilantik dalam skim perkhidmatan pendidikan siswazah pada 2005, menerima gaji sebanyak RM2,103.85 pada tahun ini dan selepas kenaikan gaji sebanyak 15 peratus, gaji baru mereka hanya RM2,419.42, jauh lebih rendah berbanding rakan mereka sebelum ini dalam skim diploma.

Itu belum dikira pelbagai kerugian lain dialami guru yang menyambung pelajaran kerana turut berdepan dengan beban hutang ketika belajar, hilangnya status kekananan, masa yang terbuang dan tenaga dicurahkan ketika belajar.

“Guru yang baru dilantik dalam skim DGA41 (siswazah) terpaksa bermula dari bawah iaitu menunggu tiga tahun untuk disahkan jawatan, kembali menjadi seperti ‘orang baru’ dalam dunia pendidikan dan terpaksa bersabar sehingga 10 tahun jika ingin dinaikkan pangkat secara ‘time based’ ke gred DGA44.

“Semua keadaan inilah yang menyebabkan begitu ramai guru siswazah merungut dan menghantar e-mel kepada NUTP setiap hari dan meminta supaya nasib mereka dibela,” katanya.
(Dipetik daripada Berita Harian)
 
sambungan......

Selain itu, NUTP mencadangkan supaya guru bukan siswazah yang memperoleh ijazah hasil usaha melalui pengorbanan guru itu sendiri ditetapkan gaji mengikut Syor Laporan Abdul Rahman Arshad (1996) yang menyatakan – “Bagi guru terlatih yang mendapat ijazah, tempoh perkhidmatan sebagai guru bukan siswazah hendaklah diambilkira dalam menetapkan gaji permulaan mereka dengan memberikan kenaikan gaji bersyarat. Adalah dicadangkan satu kenaikan gaji diberikan bagi setiap tiga tahun perkhidmatan sebelum mereka ke universiti tertakluk kepada syarat tidak melebihi tiga kenaikan gaji.”

NUTP juga berharap pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dapat mengkaji semula sistem lantikan guru bukan siswazah yang melanjutkan pelajaran dan dilantik ke DGA41. Perkhidmatan guru bukan siswazah dalam perkhidmatan yang sama harus diambilkira secara Hadiah Pergerakan Gaji (HPG).

“Guru ijazah yang terbabit dengan situasi ini melebihi 50,000 orang. Sekiranya sistem ini tidak diperbetulkan pada peringkat awal, kelompok guru ini akan menghadapi kerugian seumur hidup dalam gaji dan pencen,” katanya.
 
pada aku....
guru mengajar aku mengaji Al-Quran jer dulu ikhlas kerana tidak melahirkan keluhan dan ikhlas mengajar demi agama..
kenapa orang bila demi agama dia mesti ikhlas? kerana takut orang lain mengata?

kenapa demi bangsa kebanyakkan guru buat sambil lewa?
adakah bangsa itu tidak bernilai kepada beliau?
tidak semua guru begitu ... dan saya menekankan di sini adalah kebanyakkan
so jangan salah tafsir ok.
apa-apa pun jangan cepat melatah selepas membaca comment saya nie :)
 
Back
Top
Log in Register