BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru cakar, tampar murid bergaduh

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUCHING – Seorang murid lelaki darjah 6 sebuah sekolah di Petra Jaya di sini kelmarin cedera pada mata dan bahu akibat dipukul, ditampar dan dicakar oleh seorang guru wanita yang mendakwa hilang pertimbangan selepas kanak-kanak itu bergaduh dengan rakan sekelasnya.

Semasa kejadian, pelajar itu bukan sahaja mengalami luka di mata kanan dan bahu kanan malah baju sekolah yang dipakai mangsa terkoyak gara-gara ditarik oleh guru berusia 30-an itu.

Ekoran insiden itu, bapa mangsa yang berusia 47 tahun membuat laporan polis pada pukul 1 petang semalam.

Pengadu mendakwa, tindakan cikgu wanita itu mengasari anaknya merupakan kali kedua malah didakwa beberapa murid lain juga pernah mengalami nasib sama dengan anaknya itu sebelum ini.

Mengimbas kejadian kelmarin, pengadu yang enggan dikenali berkata, anaknya diperlakukan demikian selepas dia dikatakan berselisih faham dengan seorang rakan sedarjahnya berhubung satu perkara yang belum jelas puncanya.

“Cikgu wanita yang ketika itu sedang mengajar bahasa Inggeris telah memukul, menampar dan mencakar anak saya menggunakan tangan sebelum anak saya kemudian ditarik dari kelasnya ke pejabat guru oleh guru berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


sumber;http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm
 
Cikgu pun agak2la
siap main cakar lagi
tak puas mencakar kat rumah?
Hahhahhaha
sian anak murid tu.
 
adui,trok la skrg...ak dlu kna cucuk ngan pen merah kt blkg tapak tgn,smpai ad lubang2 kcil,sbab tu la ak jd org skrg wlau xbrapa Berjaya sgt pon.trima kasih ckgu,wlau ak bnci dia sbab grang sgt.haha
 
macam kelakar pulak kena cakar :D

maybe kuku dia panjang tu nak tarik tangan budak

anak ko bergaduh tak de isu pulak
 
lek ar cikguuu... malam ni la nak cakar2 pun kat rumah.. :)) :))
 
Dgn budak sekolah rendah pun smpai nk bercakar2
 
Back
Top
Log in Register