BTC USD 83,491.9 Gold USD 4,194.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gurauan yang ditegah

butterland

Legendary Member
gem
Messages
11,420
Joined
Jan 2, 2008
Messages
11,420
Reaction score
211
Points
123
GURAUAN YANG DITEGAH
oleh YM Tengku Noor Azian Tengku Ismail

Selain mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah ialah gurauan. Apa yang termasuk
dalam istilah gurauan ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka. Menurut Iman al Ghazali, bergurau
itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada banyak ketawa,
Banyak ketawa itu mematikan hati dan boleh menanggalkan hati.

Iman Al Ghazali menasihatkan supaya
manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata untuk menimbulkan gelak ketawa.Kata-kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu seseorang, ini kerana dalam mencari bahan
ketawa, manusia sanggup membuat cerita bohong dan tidak munasabah. Untuk mereka bahan lucu,
mereka membuat cerita yang ganjil dan tidak masuk akal dan kebanyakannya cerita dusta. Inilah puncanya
orang yang membuat kelakar boleh hilang malu. Pada hakikatnya malu senjata orang beriman. Malu adalah
alamat atau tanda orang beriman.

Yang paling mengaibkan, ada yang membawa cerita lucah datau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa org lain. Rasullulah bersabda bermaksud “Malu adalah cabang daripada iman”. Dalam sabda lain baginda menyatakan “malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu
daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya”. Dapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya. Namun begitu bergurau ala kadar dibolehkan. Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persengketaan atau perkelahian. Maka ini bertentangan dengan kehendak islam.

Firman Allah s.w.t bermaksud “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubungan antara
kedua-duanya”
( al-hujurat :11)

Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhwah sesama kita tetap terpelihara.
 
huhu.. aku banyak gelak.. ish ish mcmmana nak reconnect balik hati ni..
 
Ada Lagi yg kita tak nampak

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "ثَلَاثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلَاقُ وَالرَّجْعَةُ". أخرجه أبو داود (2/259 ، رقم 2194) ، والترمذى (3/490 ، رقم 1184) ، وقال : حسن غريب . وابن ماجه (1/658 ، رقم 2039) ، والحاكم (2/216 ، رقم 2800) وقال : صحيح الإسناد ، وحسنه الألباني في "الإرواء" ( 1826 ) ، و "صحيح أبي داود" ( 1904 ).
​

Erti: dr A.hurairoh R.A Telah Bersabda Nabi Mohd S.A.W "Ada 3 perkara Yg Anggap Benar terjadi Benar (serius) Dan Juga perkara Olok2 (main2) terjadi Benar Iaitu Nikah, Talak dan ruju'.​

Awasilah dr bergurau dr 3 perkara d atas:D

:)cgrock
 
Thanks bro... :)cgrock
 
1000443772.jpg

LARANGAN GURAUAN MENGAMBIL BARANG ORANG LAIN

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tidak boleh sama sekali kamu mengambil barang salah seorang daripada saudara kamu kerana gurauan atau serius.”

Sunan Abi Daud (5003)
 
Back
Top
Log in Register