TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 455,355
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 455,355
- Reaction score
- 37,615
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
SIRI PARA GHAIB: GUNUNG QAF
Gunung Qaf merupakan salah satu dari seluruh makhluk ciptaan Allah. Menurut riwayat, Gunung Qaf telah diciptakan oleh Allah daripada zamrud yang hijau dan biru sementara riwayat lain mengatakan bahawa ia diciptakan daripada zabarjad yang hijau. Sebab itu limpahan cahayanya meliputi langit dan laut.
Ibn Abi al-Dunya dan Abu al-Syeykh meriwayatkan dari Ibn `Abbas (ra), “Allah telah menciptakan sebuah gunung yang disebut Qaf yang mengelilingi dunia, yang akarnya berasal dari batu di mana bumi berpijak. Setiap kali Allah ingin mengguncang sebuah kota, Dia memerintahkan gunung itu untuk mengguncangkan akarnya yang berada di kota itu. Itulah sebabnya gempa bumi dapat terjadi di beberapa tempat terpisah dari yang lain.”
Ibn al-Mundzir, Abu al-Syeykh di dalam al-Azhama, al-Hakim dan Ibn Marduyah semuanya menceritakan dari `Abd Allah b. Burayda dalam penafsiran tentang {Qaf} (50:1) “Itu adalah sebuah pergunungan zamrud yang mengelilingi dunia, di mana kedua sisi langit berpijak.” Imam al-Suyuti menyebutkan di dalam al-Durr al-Mantsur, bahwa `Abd al-Razzaq meriwayatkan dari Mujahid: “Qaf adalah sebuah gunung yang mengelilingi dunia.”
Imam al-Baghawi menyebutkan di dalam Tafsir Ma`alim al-Tanzil dari `Ikrima dan al-Dahhak: “Qaf adalah sebuah gunung zamrud hijau yang mengelilingi bumi seperti dinding yang mengelilingi sebuah taman.Sisi langit ditegakkan di atasnya, sehingga ia berwarna biru.
Gunung Qaf dikatakan mengelilingi bumi di mana segala urat bumi berhubung dengannya. Kemudian, Allah memerintahkan seorang Malaikat menjaganya. Apabila Allah mengkehendaki sesuatu kaum binasa, Allah akan memerintahkan Gunung Qaf agar menggerakkan salah satu urat daripada segala urat yang ada. Maka karamlah bumi dengan kaum itu.
Kestabilan gunung-ganang di muka bumi berpunca dari Gunung Qaf. Adapun tinggi Gunung Qaf ini sejauh 5,000 tahun perjalanan dan garis tengahnya sejauh 2,000 tahun perjalanan. Menurut riwayat, disebalik Gunung Qaf terdapat 70,000 bumi daripada kasturi dan disebalik bumi daripada kasturi terdapat 70,000 bumi daripada kafuur dan disebalik bumi daripada kafuur terdapat 70,000 bumi daripada Anbar dan disebalim bumi daripada Anbar terdapat 70,000 bumi daripada emas dan disebalik bumi daripada emas terdapat 70,000 bumi daripada perak dan disebalik bumi daripada perak terdapat 70,000 bumi daripada besi dan disebalik semuanya ini terdapat 70,000 alam Malaikat yang tidak diketahui jumlahnya selain Allah.
Adapun para Malaikat ini tidak mengenal siapa Adam, Hawa dan Iblis serta pengikutnya. Malaikat ini sentiasa bertasbih dan tasbih mereka adalah 7 kalimat iaitu Laa Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah. Disebalik semua alam ini terdapat seekor ular yang membelikan ekornya pada semua alam tersebut.
Menurut sesetengah riwayat, penghuni Gunung Qaf kebanyakkan dari bangsa Jin dan bangsa Pari. Maharaja Jin yang yang berada di sekitar Gunung Qaf bernama Shahpal bin Shahrukh. Raja dari semua Jin bernama Malik Gatshan dan dia tinggal di Gunung Qaf yang mengelilingi seluruh dunia bersandar pada batu Sakhrat. Malim Gatshan mempunyai 300,000 pelayan di timur sementara 30,000 di sebelah barat.
Bagi bangsa Pari, mereka juga mempunyai raja dan adapun raja mereka bernama Malik Afshan yang bertakhta di puncak Gunung Qaf. Malik Afshan merupakan seorang penguasa yang sangat baik hati dan sangat berkuasa. Sebahagian Jin membantunya dalam mencapai matlamat.
#MAMR

Kelab Pencinta Sejarah & Trivia Dunia | SIRI PARA GHAIB: GUNUNG QAF | Facebook
SIRI PARA GHAIB: GUNUNG QAF Gunung Qaf merupakan salah satu dari seluruh makhluk ciptaan Allah. Menurut riwayat, Gunung Qaf telah diciptakan oleh Allah daripada zamrud yang hijau dan biru sementara...