BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gunung berapi Sinabung sudah meletus

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Gunung_Sinabung_meletus,_ribuan_penduduk_dipindah023.transformed_0.jpg


JAKARTA: Lebih 2,000 penduduk di daerah Karo di Sumatera Utara terpaksa dipindahkan susulan Gunung Sinabung, gunung berapi yang aktif di wilayah itu, mula meletus dan mengeluarkan asap tebal.

Menurut laporan MetroTv News, penduduk beberapa kampung di kawasan itu dipindahkan sejauh 7 kilometer dari kawasan gunung itu.

Laporan itu memetik jurucakap Unit Geogologi sebagai berkata, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran tahap empat iaitu tahap awas setelah gunung berapi itu mula mengeluarkan asap panas sejak dua hari lepas.

Katanya, penduduk diminta mematuhi arahan untuk berpindah demi keselamatan mereka dan untuk sementara ini mereka akan ditempatkan di pusat perpindahan di wilayah Kabanjahe.

Sejak September 2013, Gunung Sinabung setinggi 2,460 meter dari permukaan laut itu mula aktif dan statusnya sentiasa tidak stabil dan mempunyai gejala untuk meletus pada bila-bila masa.

Kepala Pusat Data Informasi dan Humas Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho dipetik sebagai berkata aktiviti vulkanik gunung itu semakin meningkat dan pihaknya sedang memantau perkembangannya dari semasa ke semasa. - BERNAMA


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59062
 
Syukur Malaysia tidak ada gunung berapi.
 
cantik pemandangan tu....tp bahaya....
 
gng berapi pun byk yg dah aktif..itu yg cuaca bumi pun dah mula berubah agaknya..
 
apabila bumi sakit & gunung berapi meletus, umpama manusia t'batuk. tapi manusia buat taktau jer..
 
Makin byk gunung berapi makin aktif.
Mungkin petanda akhir zaman makin dekat.
Wallahualam.
 
Back
Top
Log in Register