BTC USD 84,458.3 Gold USD 4,275.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

gunting rambut punye citer...

Malam tadi pi gunting rambut.

Tengah dok gunting, Pak Berahim si tukang gunting tu dok bagi ceramah. Risau gak sebab sambil dia dok cakap sambil tangan dia gunting, kejap-kejap dia angkat tangan kejap-kejap dia angkat gunting. Risau kot-kot kalau tersilap angkat tangan dan tersilap gunting, terpotong pula telinga aku.

Anyway, di celah-celah rasa nervous dan cemas tu, enjoy gak dok dengar dia ceramah.

Pak Berahim ni umur dia dah 60 tahun lebih dah rasanya, tapi masih steady lagi. Bila tanya apa rahsia dia; dia kata minum ayaq nyoq muda banyak-banyak.

Betoi ka tidak, wallah hu aklam.

Dalam banyak-banyak ceramah dia, hat malam tadi yang best sekali; nak tergelak gak bila dok dengar dia pot-pet pot-pet tak puas ati pasal harga minyak naik ni.

Kata Pak Berahim:

"Apa raa... negara kita yg dah maju ni, tiba-tiba saja mundur ke belakang, jadi tahun 50an!!!"

Dalam keadaan kepala tertunduk rambut sedang digunting itu, saya tanya: Pasal apa?

Pak Berahim kata:

"Ya la, awat tak 50annya; pa hang tengok bila harga minyak naik barang pun naik, org pun pakat berjimat.

Hat dok isap rokok dunhill apa ke nama tu, la ni dah tukaq pi hisap rokok daun. Mana hang pergi, hang boleh tengok la ni, hat muda-muda pun dah mula tukar pi hisap rokok daun... .sebijik macam tahun 50an!"

Bab rokok saja ka jadi macam 50an?

"Dak jugak, nu pa hang tengok depa di kampung nu; orang-orang kampung la ni dah mula masuk utan/kebun getah balik pi cari kayu api nak masak nasik. Ya lah, nak jimat tak mau pakai dapur gas sebab harga Gas mahal dah. Bila orang dah mula pakai kayu api semula... .tak ka itu mundur balik ke belakang, jadi macam tahun 50an?"

Betoi jugak kata Pak Berahim. Habis tu?

"Ini semua salah Pak Lah lah ni!!"

Awatnya?

"Hangpa tau ka, Pak Lah penaik minyak 3 kupang tu dia mesorat/pi tanya sapa?"

Entahlah!

"Dia mesyuarat CUMA dengan 3 orang MENTERI saja!!"

Menteri mana pulak Pak Berahim? Mesorat kat mana?

"Dia mesyuarat atas katil dia saja!!"

Fuyyo, hebat Pak Berahim, sampai boleh tau Pak Lah mesorat kat atas katil saja nak penaik harga minyak 30 sen itu.

Ini dah kalah CIA ni!!

Dia mesyuarat dengan MENTERI mana Pak Berahim?

"Dia mesyuarat dengan 3 orang saja; dia sebagai Perdana Menteri, mesyuarat dengan Menteri Kewangan dan dengan Menteri Dalam Negeri!!"

Oooo... .

"Pak Lah sebagai Perdana Menteri kata: "Ni, Menteri Kewangan, macam mana caranya kita nak cari duit lebih untuk cover segala makneka yg Mahathir screw up dulu tu?"

Menteri Kewangan jawab:

"Hmmm... .nak cari duit lebih ka?... .Apa kata kalau kita tarik balik subsidi minyak... ..kita penaik harga petrol dua tiga kupang ka apa ka?"

Perdana Menteri kata:

"Okey gak tu, tapi kalau buat camtu, nanti apa kata rakyat jelata; kalau depa pakat protes turun berdemo kat jalan-jalan raya macam mana pulak?"

Menteri Dalam Negeri jawab:

"Bab demo ka?... tat pa punya, Polis dan RU (Pak Berahim guna istilah RU untuk FRU, x tau pasal pa) semua saya jaga; insyaallah tak dak hal punya!!"

PM jawab balik:

"Ha, cam tu kalu okey la; esok kita umum kpd sekian rakyat jelata... .Harga Minyak Naik lagi 30 sen lebih drpd biasa!!"

Kata Pak Berahim:

"Itulah bahayanya bila sorang manusia pegang 3 Jawatan Penting serentak sorang dia saja!!"

Saya tersenyum sendirian, x sangka w/pun dah berusia, pandai gak Pak Berahim membawa cerita.

Habis gunting, saya tanya: "Berapa Harga?"

Pak Berahim kata:

"Lima Ringgit Saja... .x naik harga; kalau aku pun penaik jugak, kesian la kat rakyat jelata!!"

Mulianya hati Pak Berahim; dalam keadaan dia yang serba kekurangan itu pun, dia masih dok ingat rakyat marhain yang senasib dengannya. Alangkah bagusnya kalau Pak Berahim yang jadi PM kita!

(Kedai Gunting Pak Berahim dekat tepi mini-market SELESA kat Pekan Padang Serai, Kedah Darul Aman)


* sorry, aku kutip dari forum lain. sekadar citer rekaan je, tak berapa lawak pun, tapi citer ni agak sinis laa... :p


Sokong Pak Berahim jd PM :)cgrock :)cgrock :)paid
 
sebenaqnya ramai yang sependapat ngan pak Berahim tu hangpa tau dak hehehh..
 
X paham sgt la...aku x ketawa pun...lawak ke kutuk ni...apara...
 
pilihanraya dah dekat...penceramah melambak2 di kedai kopi macam pak berahim. hentam macam2. tapi depa menang juga.
 
Back
Top
Log in Register