BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guna polistirena, lesen ditarik

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
GEORGETOWN - Mahu terus menjual makanan dalam polistirena atau lesen akan ditarik, demikian tegas Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam, Ong Ah Teong berkata, gesaan tersebut dilakukan bagi kempen tidak menggunakan bekas polistirena.

Menurutnya, MPPP memberikan masa selama tiga bulan bermula Jun bagi membolehkan kesemua peniaga menghabiskan stok polistirena masing-masing sekiranya masih ada.

“Selepas tamatnya tempoh tiga bulan ini kita akan meneruskan dengan tindakan penguatkuasaan iaitu mana-mana peniaga yang masih berdegil menggunakan bekas polistirena ini boleh dikenakan tindakan penari-kan lesen perniagaan.

“Tidak guna sekiranya hanya tindakan kompaun dijalankan, namun masih ada yang berdegil, jadi kami mengambil tindakan tegas dengan menarik lesen,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Kempen Tak Nak Polistirena di Dewan Bandaraya Georgetown bersama Ahli Majlis, Lim Siew Kim dan Lim Cheng Ho.

Kempen berkenaan telah pun dijalankan di semua kompleks maka-nan MPPP di seluruh kawasan pulau, tidak ketinggalan gerai swasta dan tapak penjaja turut akan dipantau MPPP bagi kempen berkenaan.

Ah Teong berkata, tindakan terhadap pemborong juga akan dikenakan sekiranya masih menjual polistirena terhadap peniaga di sekitar kawasan pulau.

Beliau juga menjelaskan pendapatan pihak pemborong tidak akan terjejas berikutan hanya kawasan pulau negeri ini yang menjalankan kempen tidak menggunakan polistirena.

“Sebaliknya di negeri lain, mereka masih tidak menjalankan kempen sebegini. Kami faham kempen ini bukanlah satu kempen yang popular, tetapi demi generasi masa depan anak-anak kita, ia perlu dijalankan.

“Sekiranya bekas polistirena ini boleh terurai pastinya ia boleh digunakan. Namun disebabkan ia hanya mampu terurai dalam masa 200 tahun, jadi kami dengan tegas tidak mahu lagi ia digunakan di kawasan pulau negeri ini,” katanya.

Tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap peniaga dan pemborong yang menjual alat polistirena mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 Seksyen 107 (2).


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/guna-polistirena-lesen-ditarik-1.49486
 
kat tempat den ni kedai burger dulu guna polistrena skang da guna kertas bungkus balik...

Bahaya gak guna polistrena ni kalau tak silap..
 
elok sangat la sebagai langkah menjaga persekitaran.
 
bahaya ke polisterina ni...dlu pnh wat bisnes tp sy guna paper nasi lemak...=)xde polisterin2 ni...
 
tak kejam cara ni demi kebaikan....
 
negeri len dh bley praktik gk
 
guna paper blh recycle..so aku setuju demi alam tercinta ini.
 
bahaya kat pusat pelupusan.
nak bakar takleh. nak biar lagi la takleh.
 
kebanyakkan U kat malaysia pn dah tak guna polistren dalam kawasan mereka...

patut diperluaskan kempen ni...
 
Back
Top
Log in Register