BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guna khidmat daftar masuk layan diri

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

AirAsia


SEMUA penumpang AirAsia digesa menggunakan perkhidmatan daftar masuk layan diri menerusi laman web atau peranti mudah alih syarikat penerbangan itu pada musim cuti ini berikutan kemungkinan kesesakan kaunter di lapangan terbang.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, AirAsia berkata, peningkatan ketara bilangan penumpang ketika musim cuti ini boleh menjejaskan pergerakan serta menyebabkan kelewatan ketibaan penumpang di pintu yang ditetapkan.

"Perkhidmatan Daftar Masuk Layan Diri dan di laman web kami boleh digunakan dalam tempoh 14 hari ke atas serta sejam lebih awal sebelum berlepas bagi semua penerbangan AirAsia. Malah, ia juga boleh digunakan empat jam sebelum berlepas bagi perkhidmatan AirAsia x," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penerbangan tambang rendah berkata, kesemua kiosk daftar masuk turut disediakan di semua lapangan terbang Malaysia, termasuk klia2 bagi kegunaan pelanggannya.

Para penumpang dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum penerbangan mereka dan melengkapkan semua keperluan perjalanan seawal mungkin bagi mengelak kemungkinan terlepas pesawat berikutan kesesakan. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register