BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guna besi selamatkan isteri

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Kepala Noraziah cedera ditetak dengan parang dan lengan kiri Mohamad Zaki terkena hirisan gergaji​

SEREMBAN - Hanya bersenjatakan sebatang besi, seorang suami nekad menyerang tiga penjenayah warga asing bersenjatakan parang dan gergaji bagi menyelamatkan isterinya daripada dicederakan dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Kanchong Rantau, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi Jumaat lalu itu menyebabkan Mohamad Zaki Dohat, 57, mengalami cedera pada lengan kiri, manakala isterinya, Noraziah Ismail, 55, mengalami luka pada bahagian kepala akibat ditetak dengan parang ketika bergelut dengan
penjenayah.

Menceritakan kejadian, Mohamad Zaki berkata, dia terjaga daripada tidur selepas mendengar isterinya menjerit dan bunyi bising daripada ruang tamu rumahnya.

"Saya terus bangun dan mencapai sebatang besi untuk dijadikan senjata kerana tahu isteri saya dalam bahaya.

"Di ruang tamu saya nampak ada tiga penjenayah mengacukan parang dan gergaji ke arah isteri dan tanpa fikir panjang, saya terus menghayun besi kepada salah seorang daripada mereka," katanya.

Mohamad Zaki berkata, dua lagi suspek kemudian terus menyerangnya selepas melihat rakan mereka terjatuh menyebabkan berlaku pergelutan sehingga lengan kirinya terkena hirisan gergaji.

"Suspek cuba merentap rantai leher dipakai isteri saya tapi tak berjaya kerana terputus," katanya di sini, semalam.

Sementara itu Noraziah yang terpaksa dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini, masih lagi trauma dengan kejadian yang berlaku sejak 15 tahun tinggal di situ.

"Dua jam sebelum kejadian itu saya terjaga dari tidur dan kemudian saya pergi ke ruang tamu kerana susah nak lelapkan mata semula.

"Bila saya mula rasa mengantuk, saya tutup lampu kononnya nak sambung tidur semula. Tapi saya dengar ada bunyi di atas siling rumah yang saya ingatkan mungkin bunyi tupai," katanya.

Bagaimanapun, katanya, bunyi tersebut semakin kuat sebelum dia dikejutkan dengan kehadiran tiga penjenayah dipercayai warga Indonesia yang dipercayai masuk ke dalam rumahnya menerusi tingkap bilik yang diumpil.

"Saya terkejut dia dan dia pun terkejut tengok saya kerana mungkin tidak sangka ada orang di ruang tamu.

"Suspek itu cakap 'saya nak duit' sambil mengacukan parang kepada saya. Saya beritahu yang saya tiada duit dan kemudian suami saya dari dalam bilik terus menyerang mereka," katanya.

Menurutnya, melihat suaminya diserang dia cuba membantu menyebabkan kepalanya cedera ditetak dengan parang sebelum kesemua suspek melarikan diri.

Kata Noraziah, walaupun masih terkejut dengan kejadian itu dan mengalami kecederaan namun dia bersyukur kerana dia dan suami selamat.

"Saya harap polis dapat mengadakan rondaan lebih kerap di kawasan kampung ini kerana kejadian jenayah seperti ini boleh mengancam nyawa," katanya.
 
syabas.....anda berani bertindak melawan musuh....
mempertahankan isteri anda dengan seluruh jiwa raga anda....
 
tiga penjenayah warga asing??? Malaysia mesra PATI, what else to do, sampai rakyat sendiri diancam kejahatan PATI setiap hari masih belumpun mengancam negara katanya??? well...apa nak buat:)
 
PATI B.A.N.G.S.A.T

sebab ni lah kita tak nak terima pelarian Rohingya. tapi ada org mainkan sentimen agama plak. so kita kena bantu pelarian Rohingya balik ke negara asal dgn selamat. bkn Rohingya sahaja......semua warga asing yg tak sedar diri tuh.
 
dulu kejadian rompak di rumah aku,,
call polis x kunjung tiba ,, dlm 30 minit baru sampai padahal pejabat polis dekat shj..akhirnya bergelut dan selesai sendiri je penjenayah yg pecah rumah ni..dh ikat si penjenayah,,barulah datang polis tersebut,,
bukn nk kata polis lembab,,tp kalau selalu mcm ni,,nyawa penduduk mungkin terancam sebelum polis tiba
 
PATI B.A.N.G.S.A.T

sebab ni lah kita tak nak terima pelarian Rohingya. tapi ada org mainkan sentimen agama plak. so kita kena bantu pelarian Rohingya balik ke negara asal dgn selamat. bkn Rohingya sahaja......semua warga asing yg tak sedar diri tuh.

Saya setuju dgn bro.
Terlalu byk warga asing kt malaysia ni.
Dah tk tau nk cakap apa..
Sbb byk sgt pihak yg tak ambik peduli ttg ni...

Jenayah yg dibuat warga asing sgt bykkk...
 
dulu kejadian rompak di rumah aku,,
call polis x kunjung tiba ,, dlm 30 minit baru sampai padahal pejabat polis dekat shj..akhirnya bergelut dan selesai sendiri je penjenayah yg pecah rumah ni..dh ikat si penjenayah,,barulah datang polis tersebut,,
bukn nk kata polis lembab,,tp kalau selalu mcm ni,,nyawa penduduk mungkin terancam sebelum polis tiba

kann.. boleh je call polis tapi jangan haraplah sampai on the spot...
Salah satu alasan yang biasa kita dengar tak cukup anggota bertugas...
 
ish pendatang asing ni bahaya betul. semua tak leh nak percaya dah la ni.
 
Back
Top
Log in Register