BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guna bas seludup telur penyu

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
pnyu.jpg_1478788309.jpg

Sandakan: Sebanyak 3,011 telur penyu dalam tiga kotak kiriman dalam sebuah bas dirampas Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah di Terminal Bas Sandakan, Bandar Letat Jaya, di sini, hari ini

Telur penyu berkenaan yang ditemui kira-kira 8 pagi, dipercayai cuba dihantar ke Kota Marudu dengan cara pengiriman melalui bas ekspres dari Sandakan menuju Kudat

Pegawai JHL Sandakan Hussein Muin berkata, siasatan awal mendapati ada nama penerima namun nama pengirim masih dalam siasatan lanjut

"Rampasan hari ini adalah yang pertama membabitkan cubaan menyeludup telur penyu menggunakan pengangkutan awam

"Mereka dipercayai mahu memasarkan telur berkenaan di kawasan pantai barat negeri ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini

Hussein berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 41(4)(a) enakmen sama yang

"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM50,000 namun tidak lebih RM250,000 dan penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun," katanya

http://www.hmetro.com.my/node/180789
 
telur penyu di lindungi. pembeli dan penjual akan dikenakan tindakan kalau kantoi.

betullah apa yg tuan kata, sebab mmg selari dengan undang undang pemuliharaan hidupan liar tu.

cuma, saya selalu beli telur penyu kalau gi Terengganu. maksudnya penjual ni salah dari segi undang undang la kalau gitu..
sayang sungguh...
 
Back
Top
Log in Register