balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
ZAIDI menunjukkan cermin belakang kereta jenis Kia Sportage miliknya yang pecah ekoran kesan dentuman kuat petir yang menyambar sebatang pokok kelapa di Taman Perumahan Kampung Surau, Pasir Puteh, Kelantan semalam.
PASIR PUTEH – Empat keluarga di Taman Perumahan Kampung Surau dekat sini masing-masing kerugian berpuluh ribu ringgit apabila keseluruhan barangan elektrik di rumah mereka meletup dan terbakar dalam sekelip mata dalam kejadian disambar petir di kampung itu malam kelmarin.
Seorang penduduk, Idris Ismail, 43, berkata, dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, beberapa penduduk di taman perumahan itu melihat gumpalan air dari langit sebesar lori 25 tan sebelum menyambar sebatang pokok kelapa berhampiran rumah mereka.
Menurutnya, panahan petir dan api besar ‘terbang’ yang belum pernah dilihat sebelum ini, diikuti dengan bunyi dentuman kuat seperti ledakan bom lalu menyebabkan semua barangan elektrik di rumah penduduk berasap dan berbau hangit.
“Seramai 20 penghuni melibatkan empat keluarga terpaksa bergelap apabila bekalan elektrik turut terputus. Kebanyakan penduduka berada di dalam rumah kerana khuatir keselamatan diri mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian dekat sini semalam.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0804&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm