BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gula pasir terabur atas jalan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Kira-kira 50 tan gula pasir dari sebuah treler berselerak di kilometer 12.2 Lebuhraya Perling menghala Pasir Gudang, semalam.​

JOHOR BAHRU - Kira-kira 50 tan gula pasir dari sebuah treler berselerak di kilometer 12.2 Lebuhraya Perling menghala Pasir Gudang di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, dalam kejadian jam 1.30 tengahari itu, dipercayai pemandu muatan berat tersebut brek secara mengejut kerana dihimpit sebuah kereta.

"Pemandunya difahamkan bertindak membrek secara mengejut lalu menyebabkan gula yang disusun di dalam lori tertumpah di atas jalan.

"Tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang cedera dalam kejadian itu. Treler berkenaan dalam perjalanan dari Prai, Pulau Pinang ke Tampoi di sini," katanya.

Susulan kejadian tersebut, laluan terbabit sesak namun terkawal sehingga kerja pembersihan akibat tumpahan gula dilakukan.

Lalu lintas pulih selepas sejam kemudian.
 
Back
Top
Log in Register