BTC USD 76,399.0 Gold USD 4,346.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Guardiola balas kritikan guna taktik 'parkir bas'

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,721
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,721
Reaction score
97
Points
80
3285002.webp

Guardiola disamakan dengan Mourinho kerana dilihat bermain secara defensif musim ini. Foto Agensi

PEP Guardiola menegaskan falsafahnya bersama Manchester City tidak pernah berubah meskipun kelab itu dikritik kerana dilihat bermain lebih defensif musim ini.

Pengendali dari Catalonia itu disamakan dengan Jose Mourinho selepas pertemuan City dengan Arsenal di Stadium Emirates pada Ahad lalu, di mana mereka didakwa menggunakan taktik ‘meletakkan bas’ untuk mencatat keputusan seri 1-1.

Berdasarkan statistik, City dilihat bergantung kepada serangan balas dalam lima perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Guardiola bagaimanapun menepis dakwaan tersebut, sambil mengingatkan bahawa ketika City menjuarai liga, pasukannya juga pernah dilabel sebagai “membosankan”.

“Waktu kami menjuarai EPL, kami dilabel pasukan yang membosankan, bukan? Mungkin pemain sendiri lebih layak bercakap tentang sama ada saya benar-benar ubah pendekatan kerana mereka ada di setiap mesyuarat, setiap perlawanan, setiap sesi analisis selepas perlawanan.

“Saya rasa ia sama sekali tidak berubah. Sama sahaja,” ujarnya.

Mengulas taktik ketika menentang Arsenal, Guardiola menegaskan pasukannya perlu menyesuaikan diri dan tidak pernah bermasalah jika pemainnya menggunakan hantaran jauh.
 
Back
Top
Log in Register