BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gua misteri dikawal ular, bawah runtuhan kota Maya

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
piramid01_1551761855.jpg

Piramid Chichen Itza yang mempunyai gua bawah tanah yang ditemukan oleh ahli arkeologi. - Foto Wikimedia





MEXICO CITY: Ahli arkeologi menemukan gua yang dipenuhi dengan ratusan artifak di bawah runtuhan kota tamadun Maya, Chichen Itza di Mexico, kata ketua penyelidik projek itu yang turut menyifatkannya sebagai ‘menakjubkan.’

Ahli arkeologi Mexico, Guillermo de Anda dalam sidang medianya, berkata gua besar itu dianggap khazanah saintifik.

Beliau berkata, ia dapat membantu saintis untuk memahami asal-usul, kehidupan dan kepercayaan penduduk Chichen Itza dengan lebih baik, iaitu kota batu yang menakjubkan di semenanjung Yucatan yang diasaskan sekitar 750 tahun Masihi (TM).

Gua itu ditemukan kira-kira dua kilometer dari Kuil Kukulcan, piramid bertingkat gergasi yang mendominasi pusat Chichen Itza.

De Anda berkata, ia terletak sekitar 24 meter di bawah tanah dan mengandungi banyak bilik yang bersambung dengan laluan sempit – hingga penyelidik terpaksa merangkak atau mengengsot melaluinya.

Pasukannya menyelongkar kira-kira 460 meter gua itu setakat ini dan tidak mengetahui sejauh mana keluasannya.

Tinggalan yang ditemukan itu termasuk tujuh pembakar kemenyan yang berbentuk seperti dewa hujan Maya, Chaac yang dipercayai menjadi acara memanggil hujan.

De Anda berkata, orang tempatan sebenarnya sudah menemukan gua itu lebih 50 tahun lalu.

Bagaimanapun, ahli arkeologi dihantar untuk meneroka tapak itu ketika Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan memutuskan untuk menutup pintu masuk dengan batu tanpa sebab yang diketahui serta memfailkan laporan ringkas sahaja.

De Anda sudah melihta laporan itu tetapi tidak memberikan sebarang pertimbangan - hingga beliau secara kebetulan sampai ke pintu masuk gua pada tahun lalu ketika meneroka tapak berhampiran.

“Apa yang kami temukan mengagumkan dan ia hampir-hampir masih belum terusik.

“Penduduk Chichen Itza mungkin menganggap gua itu sebagai ‘perut dewa’,” katanya.

Pasukannya percaya pembakar kemenyan terbesar itu berasal daripada 700 hingga 1000 TM.

Orang Asli Maya yang menetap di kawasan itu, memberikan amaran kepada pasukannya bahawa ular karang berbisa mengawal tapak itu.

De Anda berkata, penyelidik memang menemukan spesimen itu yang menghalang laluan masuk mereka ke gua itu selama empat hari.

Berdasarkan perintah orang tempatan, mereka melakukan ritual pembersihan selama enam hari sebelum memasuki gua itu.

Pasukan de Anda bercadang meneruskan penerokaan gua itu. Daripada mengalihkan artifak ke luar, mereka bercadang untuk mengkajinya di tapak berkenaan. - AFP






sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/...misteri-dikawal-ular-bawah-runtuhan-kota-maya






.
 
ini kalau dpt tau dekat indiana jones abis ni..hehe..
 
hantar jer drone
 
Back
Top
Log in Register