ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
PUTRAJAYA 1 April - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerima sebanyak 419 aduan dan pertanyaan mengenai Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sejak pukul 8 pagi sehingga 2 petang tadi.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 118 aduan mengenai antipencatutan dan GST yang mempunyai elemen kenaikan harga secara berlebihan.
Beliau berkata, sebanyak 33 peratus aduan paling popular berkaitan kad prabayar tambah nilai yang dikenakan GST oleh peniaga.
“Daripada semua kes terbabit kita telah keluarkan notis siasatan terhadap tujuh kes iaitu masing-masing melibatkan empat kes kad prabayar dan selebihnya mengenai tanda harga.
“Kita akan minta mereka menjawab dalam masa tiga hari selepas siasatan dibuat, kemudian kita akan tentukan mereka ini akan didakwa di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 atau Akta Perihal Dagangan,” katanya dalam sidang akhbar mengenai taklimat GST di Kementerian Kewangan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE