EzY-eLoaD
Legendary Member

- Messages
- 12,747
Paid Membership
- Joined
- Aug 1, 2008
- Messages
- 12,747
- Reaction score
- 18
- Points
- 115
GEORGETOWN: Keseronokan 15 wanita, termasuk 10 warga asing, yang dipercayai pelayan pelanggan (GRO) berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Cantonment di sini, terencat apabila diserbu polis, malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tuanku Said, berkata polis menahan seorang lelaki lingkungan 30-an dipercayai penjaga premis dan 10 wanita warga asing iaitu lima warga China dan lima lagi warga Vietnam berusia antara 20 hingga 30-an.
Katanya, hasil pemeriksaan di dalam sebuah bilik VIP A, polis menemui tiga lelaki warga tempatan berhibur bersama tiga wanita warga asing dan siasatan menemui sebuah pinggan yang mengandungi straw dan serbuk putih disyaki dadah.
Beliau berkata, turut ditahan lima wanita warga tempatan yang juga dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat hiburan berkenaan dan semua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk menjalani ujian saringan air kencing.
“Ujian saringan air kencing mendapati seorang wanita warga Vietnam dan seorang warga China positif dadah manakala ujian saringan ke atas kelima-lima wanita warga tempatan pula mendapati empat positif dadah jenis ketamin, amphetamin dan methamin,” katanya.
Wan Abdullah berkata, siasatan dijalankan untuk mengenal pasti aktiviti maksiat terbabit termasuk terhadap penjaga premis kerana menggaji pekerja warga asing mengikut Seksyen 55B Peraturan Imigresen 1959 / 1963.