eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Sekumpulan pelayan pelanggan (GRO) yang asyik berkaraoke dengan gaya dan aksi mengghairahkan di sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew di sini, langsung tidak menyedari premis yang menjadi ‘tempat’ mereka mencari makan diserbu pihak berkuasa, malam kelmarin.
Dalam operasi yang dinamakan Ops Sayang itu, sepasukan 26 anggota termasuk pegawai dari Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyerbu premis terbabit, kira-kira jam 12 tengah malam.
Hasil pemeriksaan, seramai 22 pelayan GRO warga asing ditahan.
Ketua Unit Operasi Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan, berkata pihaknya yang menerima maklumat mengenai kegiatan sekumpulan wanita warga asing menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai GRO di pusat itu membuat intipan sebelum melakukan serbuan.
Katanya, pemeriksaan awal mendapati 22 wanita warga asing bekerja sebagai GRO dalam premis terbabit.
“Daripada jumlah itu, 21 wanita adalah warga Vietnam manakala seorang warga China,” katanya.