BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Greece diberi peluang kedua

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
du_01.1.jpg


ORANG ramai menunggu untuk memasuki sebuah bank di Athens pada 6 Julai lalu.


BRUSSELS – Para pemimpin Eropah memberikan tarikh akhir terbaharu Ahad ini kepada Greece untuk mempersetujui pelan *penyelamatan ekonomi baharu bagi mengelakkan negara berkenaan terkeluar dari zon mata wang Euro.

Kata dua itu diberikan selepas rakyat Greece menolak pelan penjimatan Kesatuan Eropah (EU) dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pda satu pungutan suara hujung minggu lalu.

Presiden EU, Donald Tusk berkata, pemimpin Greece perlu menyerahkan pelan pembaharuan ekonomi terperinci menjelang esok bagi mendapatkan dana *penyelamatan ekonomi baharu untuk mengelakkan sistem per*bankannya daripada runtuh.

Semua 28 pemimpin EU akan meneliti pelan tersebut pada Ahad ini dalam satu sidang kemuncak tergempar yang akan menentukan sama ada ekonomi Greece dapat diselamatkan atau pun sebaliknya.

“Pada malam ini, saya perlu menyatakannya dengan jelas dan tegas bahawa tarikh akhir terakhir untuk Greece tamat minggu ini,” kata Tusk kepada wartawan selepas menghadiri rundingan tergempar mengenai Greece di ibu kota Belgium, Brussels semalam.

“Kegagalan mencapai persetujuan akan menyebabkan Greece jatuh muflis,” tambahnya.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker pula memberi amaran bahawa pihaknya sudah membuat persediaan bagi Greece meninggalkan zon mata wang Euro sekiranya persetujuan gagal dicapai pada minggu ini.

Juncker bagaimanapun me*negaskan bahawa beliau seboleh-bolehnya mahukan Greece kekal menggunakan mata wang Euro.

Terdahulu, Canselor Jerman, Angela Merkel memberi amaran bahawa Greece memerlukan satu program pembayaran hutang yang berterusan selama beberapa tahun bagi memulihkan ekonominya.

Pemiutang Greece juga katanya, tidak akan menerima permintaan Athens supaya melupakan sebahagian hutang negara itu yang mencecah AS$350 bilion (RM1.29 trilion). – AFP
 
Dah hutang nk suruh lupakan.. Klo zaman dulu, dah boleh dikerah rakyat nye jadi hamba abdi klo xbayar hutang ni.
 
tgk negara Greece mcm maju..
bangunan cantik..
elok Greece antar org keluar negara utk kerja dan bawa pulang duit ke negara sendiri..baru laa negara kurang beban..
 
jangan terima greece..... raise for an athens
 
sebelum masuk eu lagi, dorang dah tipu pasal kewangan dorang. Last2 dapat tau jugak
 
Back
Top
Log in Register