BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

gossip artis oH bulan

tsf

Active+ Member
Messages
3,355
Joined
Jun 30, 2010
Messages
3,355
Reaction score
35
Points
30
Gosip ini memang panas, amat panas kerana ia melibatkan bekas artis rancangan realiti yang belum pun setahun jagung, sudah pandai membuat onar di negara orang. Kalau disebut nama, memang orang kenal sangat. Apatah lagi rancangan realiti tersebut baru sahaja tamat penyiarannya di sebuah televisyen swasta.

Al-kisahnya, sekumpulan artis rancangan realiti ini diberikan tugasan untuk menjalani rakaman di sebuah pulau peranginan popular di negara seberang. Apabila mereka tiba di sana, seperti biasa jadual yang padat dengan urusan imigresen & sebagainya membuatkan mereka keletihan.

Dalam keletihan, krew produksi yang bertugas sama ingin merehatkan minda dengan berjalan-jalan di sekitar pulau peranginan tersebut. Namun, apabila mereka mengajak si lelaki (peserta rancangan realiti) ini, dia menolak dengan alasan untuk berehat di bilik hotel. Nak dijadikan cerita, si wanita (peserta rancangan realiti) turut memberikan alasan yang sama. Orang yang mengajak tidaklah mengesyaki apa-apa, fikir positif katakan.

Tetapi, sudah ditakdirkan tuhan nak tunjuk peel pasangan rancangan realiti ini. Seorang peserta, biarlah kami namakan sebagai X naik ke bilik hotel. Apabila pintu dibuka, dia terkejut melihat si wanita ini sudah menghempap tubuh si lelaki ini. Lagaknya, seperti baru nak bermadu mesra menyedut kemanisan sesama sendiri. Kalau ikutkan, sejak dari awal musim rancangan realiti pun, kedua-dua pasangan ini sudah menunjukkan interest yang mendalam terhadap satu sama lain.

Mungkin masih bermukadimah, kedua-dua pasangan ini kantoi dalam keadaan lengkap berpakaian. Haih, andailah sudah tertanggal semua, bertambahlah dosa 2 orang anak Melayu ini.

Kami geleng kepala, sedih melihat artis yang baru nak naik terjerumus dalam kancah maksiat. Apa pun tak boleh!



agak agak realiti ape and sape?:D



Agak lambat untuk Abang Nara kongsikan cerita ini. Namun biar lambat asalkan ada. Hari Ahad yang lepas, Raja Bipop telah menceritakan siapakah Fina AF9 yang sebenar. Kata Raja, Fina AF9 telah menaburkan fitnah terhadap Azri dan Nera. Malah Raja juga menyatakan yang Fina perasan artis diva apabila berlagak untuk satu sessi photoshoot.

Nampaknya penulis-penulis Bipop tidak lagi segan silu untuk menyatakan nama artis yang membuat kurang ajar di dalam dunia hiburan. Ini satu petanda bagus agar pembaca-pembaca dapat tahu terus siapakah artis yang dimaksudkan tanpa perlu meneka lagi.

Dan ini juga merupakan satu amaran kepada artis-artis agar tidak membuat perkara-perkara tidak senonoh atau bakal menanggung risiko nama mereka dipamerkan. Nanti malam Abang Nara update full story tentang tulisan Raja terhadap Fina AF9 ini.




supaya tak keliru nanti org kata aku gossip je




Diterjah dengan pelbagai tohmahan, nama Fina AF9 nampaknya semakin buruk. Namun rakan kami di OhBulan berjaya mendapatkan maklum balas mengenai tohmahan “mulut puaka” yang dilemparkan kepadanya. Kata Fina:-

“Saya tidak mengerti kenapa saya telah dituduh menaburkan fitnah terhadap kedua-dua individu berkenaan, sedangkan banyak lagi perkara penting yang perlu saya tumpukan. Maksud saya, sebagai orang baru dalam industri ini, terus terang saya lebih suka fokus terhadap kerjaya daripada melayan cerita-cerita yang tidak berasas seperti ini.

“Walau bagaimanapun, andai kata mereka terus menuduh bahawa saya yang menabur fitnah, itu terpulang kepada masing-masing. Bak kata orang, “we believe what we want to believe“, ” kata Fina memberikan respon mengenai tuduhan fitnah tersebut.

Ditanya tentang lagak divanya semasa photoshoot, Fina AF9 pantas memohon maaf jika ada pihak yang terasa hati.

Sebagai orang baru, saya sedar bahawa banyak lagi kekurangan yang perlu saya perbaiki. Mengenai sesi photoshoot , saya ingin menyusun 10 jari & meminta maaf andai kata ada pihak yang terasa hati dengan sikap saya.

“Mungkin, saya tidak perasan atau terlepas cakap. Sebab itu, saya ingin meminta jasa baik pihak sesi photoshoot berkenaan untuk memaafkan diri saya. Saya tahu, mereka kesemuanya baik-baik, ” jelas Fina yang kelihatan ikhlas meminta maaf.

Good luck dan semoga terus maju kepada Fina.
 
Last edited:
aib org jangan disebarkan. itu lebih besar dosanya..
 
akedemi fantasi hahah
akim dan stacy muhahahahha
 
AF ler...diorang pegi bali baru ni kan...memang sah si azri tu ler...
 
yus ngan taukey ...konfirm ...saling menyedut air sedap masing2 ...
 
Gosip = lebih kurang cam fitnah gak ker?...hahaha...
 
Back
Top
Log in Register