BTC USD 83,805.0 Gold USD 4,186.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Android Google Play Protect Menghalang Pemasangan APK AnTuTu

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,647
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,647
Reaction score
7,746
Points
916
AnTuTu Benchmark adalah aplikasi menilai tanda aras popular untuk telefon pintar. Mana-mana telefon pintar yang diulas di Amanz pasti akan menggunakan AnTuTu. Namun sayang sekali, aplikasi ini sudah dibuang di Play Store atas alasan mencuri data pengguna dan sangat bahaya kerana mempunyai kaitan dengan Cheetah Mobile iaitu dalang sebenar. AnTuTu pernah mengeluarkan kenyataan yang, semuanya adalah kerana Cheetah Mobile melabur ke mereka dan aplikasi mereka tiada kaitan dengan Cheetah.

Terkini nampaknya Google semakin benci dengan AnTuTu kerana telah menghalang pemasangan melalui APK pula. Tidak cukup dengan membuang di Play Store, mereka memberi amaran jika memuat turun dari laman web dan memberi amaran jika memasang pada peranti. Google memberi amaran yang aplikasi ini akan mengambil data pengguna. Manakala bagi pengguna Titan Security atau yang mendaftarkan diri dalam Advanced Protection Program – APK tidak boleh dipasang langsung.

Walau bagaimanapun, jika anda yakin data anda tidak akan dicuri ada sesetengah peranti boleh sahaja di pasang tanpa masalah jika anda benarkan.

Pemasangan-APK-AnTuTu-Dihalang-Google-Play-Protect-02-485x1024.jpg
 
Back
Top
Log in Register