BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Google & Jio Umum JioPhone Next

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
Google Dan Jio Umum JioPhone Next – Telefon Pintar Paling Mampu-Milik Di Dunia?;

Google dan Jio sedia mengumumkan kerjasama sebelum ini, dan hari ini, mereka mengumumkan telefon pintar pertama dibawah kerjasama ini, dinamakan JioPhone Next. Menariknya, JioPhone Next akan dipasarkan sebagai telefon pintar mampu-milik dan berbaloi bukan sahaja di india, tetapi juga pada peringkat global.

Bakal dipasarkan bermula September kelak, JioPhone Next ini akan dilengkapi sistem operasi Android, antaramuka asas, dan dilengkapi sejumlah ciri sama seperti telefon pintar lain di pasaran. Buat masa ini, spesifikasi dan harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Sama-sama kita nantikan September kelak untuk mengetahui lanjut berkenaan dengannya.

1624610363868.png
 
Spesifikasi Peranti Google JioPhone Next Tertiris - Snapdragon 215, 13MP, Android 11 Go - Berharga Sekitar RM200

Dua bulan lalu, Google dan Jio telah mengumumkan kerjasama untuk hadir dengan telefon pintar mampu milik JioPhone. Ia bukannya peranti Pixel atau Android One, sebaliknya sebuah peranti Android mampu milik yang menjalankan Android Go. Ia juga disasarkan untuk dijual secara lebih meluas dan bukan terhad di India sahaja.

Peranti ini adalah JioPhone Next dan baru-baru ini spesifikasi peranti ini telah tertiris. Ia didakwa hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci HD, hanya menyokong LTE dan dijana oleh cip Qualcomm Snapdragon 215. Gandingan memori adalah mencapai 3GB RAM dengan storan dalaman sehingga 32GB jenis eMMC 4.5. Perisian adalah Android 11 Go, sensor kamera utama adalah 13MP OmniVision dengan kamera swafoto 8MP, serta bateri 2500mAh. Peranti dengan nombor model LS-5701-J ini dikatakan mungkin dijual pada harga sekitar Rs. 3,499 iaitu dalam lingkungan RM200 sahaja.

Kita mungkin akan tahu perkembangan lanjut tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.
1629262565515.png
 
Back
Top
Log in Register