BTC USD 82,920.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Gomo Kelate Gomo

kos tempat tinggal.kos makan minum lg...bnyk la kos kena tanggung klu buat mcm tu..

ape2 pun mlm td kelantan menang dgn kl plus 1-0...

ada game ke mlm ni?? dok tau pulop ambo..:D:D:D
 
kos tempat tinggal.kos makan minum lg...bnyk la kos kena tanggung klu buat mcm tu..

ape2 pun mlm td kelantan menang dgn kl plus 1-0...

erm yela.. tp kos makan patut xyah kira laaa player masing2 ada gaji pe..tp klu dibandingkan korang berulang jauh2 tu lagi rugi n penat plak tu...ooo ye ke tahniah laaa menang...semoga lepas ni jdkan pengajran wat segelintir fans kelantan yang holigans tu... klu x korang yang rugi....
 
klu mcm tu rasanya xda pemain yg berminat bermain dgm kelantan nnt :D

bermain di tempat org x sama dgn di tempat sndiri..kdg2 dgn sokongan penonton yg penuh stadium serba sedikit blh memberi semangat kpd pemain2....
 
Alhamdulillah...

semuga lepah ni kelate naik balik...

GOMO KELATE GOMO....

FAM batal gantung stadium Kota Bharu

JAWATANKUASA Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk membatalkan penggantungan Stadium Sultan Mohamad IV selepas mesyuaratnya, semalam.

Ia bermakna Kelantan yang digantung daripada menggunakan gelanggang mereka sehingga ke penghujung musim bakal beraksi di depan penyokong mereka menentang UPB MyTeam pada 16 Jun ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, mengesahkan keputusan itu, tetapi memaklumkan butiran lanjut mengenainya akan hanya diumumkan, hari ini.

“Jawatankuasa Disiplin sudah membuat keputusan tetapi ianya akan dibincangkan dengan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM. Butirannya akan diumumkan esok (hari ini),” katanya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, turut mengakui ada mendengar keputusan itu, tetapi mahu terlebih dahulu mendapatkan kepastian daripada FAM.

“Saya ada dengar keputusan itu, dengan perlawanan pertama ialah menentang MyTeam. Tetapi saya mahu tunggu hitam putih daripada FAM terlebih dahulu,” katanya yang memilih untuk enggan mengulas lanjut.

Stadium Sultan Mohamad IV sebelumnya dikenakan penggantungan sehingga hujung musim ekoran insiden rusuhan penonton selepas tamat aksi separuh akhir pertama Piala FA di antara Kelantan dan Negeri Sembilan pada 7 April lalu.
 
alhamdulillah..
moga meriah kembali stadium keramat tu:)cgrock
 
tanyo jap

jersi kelate huk kalar putih mu mcm ne design

tokey kawe nak buat 500 helai neh
 
Back
Top
Log in Register