BTC USD 83,024.3 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Gomo Kelate Gomo

aku rase dah lebih 10 tahun x g stadium tgk kelate main...last tgk maso zaman hasyim....mlm sabtu ni inshaallah aku g ngan kain lilit atas palo.......turun ngan set KDN......
 
aku dah biasa nengok team yang dah lama x naik.. so bila team dia ngah naik... so fans dia agak holigans sket... so aku harap final FA cup ni kita turun sebagai penyokong malaysia yang terbaik.. jgn bakar2 tau hehehehehe:D:D... maklum laaa dah 39 tahun tunggu masuk final( masuk final je tu belum menang lagi hehehehehe)

Jgn memperkecikkan pasukan org bro....sebelum ni aku ade pegi vietnam, mase tu final tiger cup vietnam lwn thailand...bila vietnam digelar juara semo pakat keluar membanjiri jln raya bandar ho chi mint....mcm pesta...pastu besok nya di istiharkan public holiday......aku pun teraso bahang nyo...kalo di m'sia ape lah sgt tiger cup tuh, sbb vietnam x penah digelar juara....bak bakar pulak, bro ingat semo fans kelate tu ganas ke....hanya segelintir je..........di dlm kelate lak..kalo ade league atau liga, pemain mewakili kg tu bergaduh, kemungkinan ini akan melibatkan pergaduhan satu kg dgn kampong lwn......
 
kawe start g stadium tengok bola tahun 1980. sapa loni tak dok apo2 pialo, tapi Final FA ni kawe harap Kelate Menang. Sokon dr Jauh

_____________
PUSAT KE BAWAH
 
000a052At4i.jpg


KAWE BANGGO TENGOK NEGRO SOKONG KELATE..TU PASAL KAWE NK G ETEK BUKIT JALIL...KUHEK KUHEK KUHEK..CUMO TIKET JAH TOK BELI LAGI.. :EEK::EEK::EEK:
 
90,000 penonton bakal banjiri Stadium Nasional

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
[email protected]



"STADIUM Nasional di Bukit Jalil diramal penuh dan kami meletakan sasaran 90,000 penonton menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dengan Kelantan, Sabtu ini."

Demikian jelas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang yakin penyokong kedua-dua pasukan akan membanjiri stadium berkenaan pada perlawanan akhir piala berprestij itu kelak.

Keyakinan itu adalah berdasarkan dua pasukan tersebut adalah antara pasukan yang mempunyai penyokong paling ramai dalam liga tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Che Mat Jusoh berkata, jumlah kehadiran yang mereka sasarkan itu tidak mustahil untuk dicapai memandangkan kedua-dua pasukan mempunyai penyokong setia yang agak ramai.

"Saya harap peminat kedua-dua pasukan ditambah dengan peminat berkecuali bola sepak tanah air yang lain akan hadir menyaksikan perlawanan akhir yang dijangka menarik ini.

"Saya sasarkan 90,000 orang penonton akan hadir menyaksikan perlawanan akhir itu Sabtu ini dan seterusnya kita akan buat rekod tersendiri.

"Tengok sajalah, kelab penyokong Kelantan pun mencari bas sampai ke Terengganu untuk membawa penyokong mereka ke Bukit Jalil.

"Ia tidak mustahil kerana pertemuan kedua-dua pasukan dalam Liga Super di Shah Alam sebelum ini juga mencecah 40,000 penonton dan di Bukit Jalil dua minggu lalu 20,000 penonton yang hadir," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Final Piala FA 2009 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Che Mat yang juga Naib Presiden FAM turut mahu melihat perlawanan akhir Sabtu ini sebagai satu perlawanan yang menarik biarpun ia tidak lagi menampilkan kelibat pemain import.

"Ini pertama kali perlawanan akhir tanpa pemain import. Jadi kita nak tengok bagaimana sambutan penonton terhadap perlawanan ini nanti.

"Cuma saya harap penyokong kedua-dua pasukan tidak membuat kacau dan sentiasa mengikut arahan polis demi kelancaran sebelum, semasa dan selepas perlawanan," jelasnya.

Sementara itu, Komander Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Datuk Roslan Ahmad berkata, mana-mana individu yang dilihat membakar mercun tidak akan terlepas daripada tindakan mereka.

"Sesiapa yang dikenal pasti dan didapati melakukan kesalahan tersebut akan ditangkap serta merta.

"Kita akan tempatkan 1,279 anggota termasuk FRU, Pasukan Gerakan Am (PGA), trafik, unit pengesan dan juga detektif bagi memastikan perlawanan akhir kali ini berjalan lancar," katanya pada sidang media yang sama.

Berhubung laluan trafik, Roslan berkata, bas-bas penyokong Kelantan boleh diletakkan di Parking F di Stadium Hoki Nasional manakala bas-bas penyokong Selangor di kawasan Family Parking juga berdekatan dengan Stadium Hoki.

"Kita harap penyokong kedua-dua pasukan dapat mematuhi arahan trafik supaya tidak berlaku kesesakan," katanya.
 
gomo kelate gomo......FRU musuh kami......gomo kelate gomo
 
hari rabu smlm aje..
7 ribu selangor punye tiket dh terjual..
kelantan 10 ribu tiket..
info.. dari rancangan tv 1 malam td..
 
Back
Top
Log in Register