BTC USD 82,707.5 Gold USD 4,112.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Gomo Kelate Gomo

Selangor mln Kelantan
Tarikh : 28/02/2009
Masa : 8.45 mlm
Venue : Stadium Shah Alam, Selangor
​

kawe raso..hok ni mesti ada live...no 1 nok lawe no 2...tapi gak..kawe nok gi stadium laaaa....
 
Kemah set kito

Semasa Piala FA

Kelantan 3 - PDRM 1

:)paid
 
Piala FA Pusingan Kedua (1st Leg)

KELANTAN
Khalid Jamlus -2
Nor Farhan
Indra Putra
Ramzul Zahini

lwn

PDRM
Ahmad Fauzi

21 FEBRUARI 2009 (Sabtu)

STADIUM SULTAN MOHAMED IV, KOTA BHARU
 
CENCARU MAKAN PETANG

Cencaru makan petang.. itulah yang boleh diibaratkan dengan persembahan skuad Kelantan menentang PDRM dalam saingan pusingan ke2 perlawanan pertama di Stadium Sultan Mohammad keIV semalam.

Perlawanan di separuh masa pertama berlangsung dengan perlahan. Tidak banyak gerakan yang mampu dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Ditambah dengan aksi penjaga gol PDRM yang sering melengahkan perlawanan. Juga beberapa keputusan pengadil perlawanan yang "agak" berat sebelah.

Cuma gerakan PDRM yang menghasilkan gol pertama mencuri tumpuan penonton. Hasil gerakan yang disudahkan oleh penyerang PDRM Ahmad Fauzi. Selepas gol pendahuluan itu barulah perlawanan bertambah rancak dengan pasukan tuan rumah berusaha untuk mencari gol penyamaan.

Hasilnya penyerang prolifik Kelantan ketika ini, Khalid Jamlus berjaya menghasilkan pergerakan di tengah padang dan membawa bola masuk kedalam kotak penalti sebelum meledak gol penyamaan.Pada kedudukan 1-1 perlawanan bertukar menjadi kembali hambar dan membosankan hampir 5000 penonton.

Setelah kedua-dua pasukan mempamerkan hambar pada separuh masa pertama, perlawanan diteruskan pada separuh masa kedua. Butler terpaksa mengambil keputusan untuk menukar seorang pemain dengan mengeluarkan pemain pertahanan Daudsu Jamaludin. Pertukaran itu menimbulkan rasa tidak senang dikalangan penonton dimana beranggapan barisan tengah dan penyerang yang longlai tetapi pertahanan pula dikeluarkan.

Tetapi percaturan jurulatih berpengalaman itu berhasil. Dengan kemasukan Hafizie, banyak gerakan merbahaya dapat dilakukan. Perlawanan bertambah rancak dan Kelantan mula menyerang. Hasilnya, Kelantanm mendapat gol pendahuluan melalui gol cantik Khalid Jamlus.

Perangkap offside yang dibuat oleh pasukan PDRM juga dilihat menjadi. Penyerang-penyerang Kelantan seringkali terkena perangkap offside terutamanya Khalid Jamlus.

Perlawanan selepas itu menjadi berat sebelah. Pasukan Kelantan menyerang bertubi-tubi kearah pintu gol PDRM. sesekali aksi penjaga gol Kelantan Halim Napi mencuri tumpuan penonton. Dengan gaya aksi kungfunya hampir-hampir mengena pemain sayap PDRM.

Peluang keemasan diperolehi oleh Farhan pada pertengahan separuh masa kedua. Tetapi kegopohan penyerang itu gagal melakukan penyudahan yang berkesan. Berselang 5 minit selepas itu, Norfarhan tidak mensia-siakan peluang yang terhidang dengan menjaringkan gol ke 3. Selepas itu Kelantan melakukan dua lagi pertukaran dengan mengeluarkan Wan Zaman dan memasukkan Ramzul dan penyerang muda Nizzab Ayub dimasukkan.

Kelantan terus menyerang kubu PDRM dan memperolehi peluang melalui Nizzab Ayub. Tetapi bola tendanganya terkena palang gol dikala penjaga gol PDRM sudah tertewas.

Pada minit-minit akhir perlawanan Kelantan yang terus menyerang mendapatkan gol ke4 melalui gol yang dijaringkan oleh Indra Putra Mahayudin. Gol hasil gerakannya sendiri yang pada mulanya bola terkena tiang gol sebelum tindakan susulan pantas berjaya menjaringkan gol. Manakala gol akhir Kelantan diperolehi oleh pemain gantian Ramzul Zahini.

Dengan kemenangan ini mengukuhkan laluan Kelantan untuk ke pusingan seterusnya dalam persaingan Piala FA. Dengan bekalan sebanyak 5 gol di tempat sendiri, tugas di Stadium Selayang tampak lebih mudah. Kelantan seharusnya meneruskan rentak cemerlang terutamanya rentak yang ditunjukkan diseparuh masa kedua dan jangan tunggu untuk memburu gol penyamaan. Ini kerana permainan seperti ini akan merbahayakan pasukan terutamanya ketika berdepan dengan pasukan yang kuat.
 
hok mano nk g stadium sabtu ni...ejah kito g skali lass...ko wane...bleh kenal2 ..
 
nk beli jc kelate mano?
brapo rm?

kalu ado kol kawe..no hp kawe duk bwh ni
 
Back
Top
Log in Register