dah daftar... tapi mcm mane dgn acc paypall?? xde yang leh tolong ke??
langkah pertama kena register buka acc paypal dulu, register kat sini
https://www.paypal.com
Seterusnya anda akan tiba pada laman web seperti gambar di bawah:
Tekan button “Sign Up Today!” untuk mulakan proses pendaftaran.
Seterusnya anda akan tiba pada laman web untuk anda memilih jenis akaun yang anda ingin buka iaitu personal, premier, dan business. Di sini anda perlu buat keputusan untuk apa anda buka akaun paypal sekiranya hanya untuk membeli belah secara online maka eloklah memilih personal. Sekiranya ingin melakukan perniagaan secara perseorangan pilihlah premier. Business pula untuk perniagaan besar yang melibatkan syarikat. Dalam tutorial ini saya akan buka akaun jenis premier.
Setelah membuat pilihan yang anda mahukan tekan pada button “Get Started“.
Anda akan tiba pada satu borang yang wajib di isi. Lengkapkan borang itu dengan maklumat anda.
Pada borang ini, pastikan nama anda adalah sama dengan nama pada mana-mana akaun bank anda. Setelah semua maklumat lengkap di isi. Tekan button “Agree and create Account“.
Dengan itu, akaun adalah telah berjaya di buka tetapi masih ada langkah terakhir yang perlu anda lakukan iaitu sahkan emel anda. Caranya mudah sahaja login emel anda dan buka emel dari paypal. Cari pautan dalam emel tersebut dan klik pada pautan untuk pengesahan emel. dan….
Akaun paypal anda telah pun dibuka dan sedia untuk digunakan.
Anda sudah boleh melakukan penghantaran wang dan menerima wang. Walaubagaimanapun bagi yang memiliki kad kredit atau kad debit anda boleh sahkan kad kredit anda kerana kad kredit yang tidak disahkan mempunyai beberapa limitation iaitu:
* Maksimum penghantaran wang adalah 1,575.00
* Maksimum pengeluaran wang adalah RM 2000.00 sebulan
Baiklah sekiranya anda telah selesai berurusan dengan akaun paypal anda terus keluar melalui pautan “log out” pada bahagian atas web. Untuk login semula hanya perlu pergi semula pada log in page melalui pautan ini
https://www.paypal.com/my/cgi-bin/webscr?cmd=_login-run
Verify PayPal Guna Maybank Visa Debit Card
Ada beberapa langkah yang anda kena lakukan dahulu sebelum anda boleh gunakan Maybank Visa Debit Card anda tu, sama ada untuk verify PayPal ataupun untuk shopping secara online. Berikut adalah step yang anda kena buat :-
* Login ke akaun
Maybank2U. Terus ke menu Utilities dan klik kat “Maybankard Secure Online Shopping Registration”
Isi form seperti yang dipaparkan. Setelah lengkap, tekan button “Submit”.
Sekarang anda dah selesai mengaktifkan Maybank Visa Debit Card anda untuk verify PayPal atau untuk shopping secara online. Kini tiba masa plak camna nak Verify PayPal menggunakan Debit Card ini. Ikut step seperti berikut :-
* Login ke akaun Paypal,
* Klik kat “My Account”
* Klik kat “Profile”
* Klik “Add Credit or Debit Card”
* Masukkan butir-butir yang diminta.
Pastikan Paypal menerima Maybank Visa Debit Card anda dengan sah. Jika sah, bermakna PayPal akan tolak sebanyak $1.95 dari akaun Maybank anda. Jangan risau… PayPal akan pulangkan balik duit anda tu, dengan SYARAT anda pulangkan semula EXPUSE PAYPAL 4 Digit yang mereka hantar ke dalam Maybank2U anda. Dengan memulangkan EXPUSE PAYPAL 4 digit ini, barulah akaun PayPal anda mendapat status VERIFIED.
Untuk mendapatkan EXPUSE PAYPAL 4 Digit di Maybank2U anda, sila ikuti langkah seterusnya…
* Login akaun Maybank2U, K
* Klik kat “Saving Account” seperti gambar di bawah.
Kemudian klik kat “Debit Card History” seperti dipaparkan pada gambar berikut.
Satu paparan akan kelihatan seperti gambar di bawah. Sekarang anda boleh dapatkan EXPUSE PayPal 4 Digit seperti yang aku merahkan. Sila copy EXPUSE 4 Digit tersebut.
* Sekarang, login semula ke dalam akaun PayPal dan klik pada link di sebelah kanan Paypal untuk membuat pengesahan.
* Masukkan EXPUSE 4 digit di dalam kotak yang disediakan dan tekan button “Submit”.
* Setelah selesai… maka dengan ini akaun PayPal anda telah di “Verified”. Mudah je kan… hehehe
Mulai sekarang anda boleh lah gunakan PayPal anda tu sama ada untuk terima duit atau membuat pembayaran secara online. Aku harap tips dan panduan yang aku paparkan kali ini dapat membantu. Sekian… Selamat bershopping!!!
credit to
http://www.mahadirlab.com dan
http://www.hasril.com