BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Golongan obes lemah seks

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PARIS: Wanita obes terdedah kepada empat kali lebih banyak berkait dengan kehamilan tidak dirancang meskipun lebih jarang melakukan seks berbanding wanita normal.
Dalam pada itu, lelaki obes lebih terdedah kepada jangkitan kelamin meskipun tidak mempunyai ramai rakan seks.


Hasil kajian yang dilakukan saintis Perancis dan Britain berhubung kesan obes terhadap kesihatan seks juga mendapati wanita obes kurang mendapat nasihat berhubung perancang keluarga atau menggunakan pil sementara lelaki obes lebih terdedah kepada mati pucuk.


Dengan masalah obes semakin meluas di kebanyakan negara kaya dan semakin meningkat di kalangan negara sedang membangun, pakar berkata, kesan terhadap kesihatan awam dalam hasil kajian itu amat penting.


Kajian itu diketuai oleh Professor Nathalie Bajos dari Institut Kajian Kesihatan dan Perubatan Perancis adalah kajian menyeluruh pertama untuk mengkaji kesan obes terhadap kegiatan seksual dan faktor lain seperti kepuasan seks, kehamilan tidak dirancang dan pengguguran.


Kajian itu membabitkan 10,170 kelaki dan wanita berusia 18 hingga 69 tahun yang datanya dipilih secara rambang daripada kajian tingkah laku seksual yang dijalankan pada 2006 di Paris. Ia juga mendapati, berbanding lelaki biasa, lelaki obes adalah 70 peratus lagi tidak mempuinyai lebih daripada seorang rakan seks. - AFP
 
Back
Top
Log in Register