BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Gol Pavithran bawa Harimau Malaya ke separuh akhir Piala ASEAN 2026

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Harimau Malaya janji aksi lebih baik di Cheras​

3607288.webp

Pemain Harimau Malaya menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi Filipina di Cheras pada Sabtu malam. Foto Malaysia NT

SKUAD negara akan bangkit memperagakan aksi terbaik sekali gus meraih tiga mata maksimum menentang Filipina dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala ASEAN 2026 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu malam.

Kemenangan dalam perlawanan itu amat penting bagi mencerahkan peluang skuad kendalian Tan Cheng Hoe untuk menempah tiket ke peringkat separuh akhir.

Pemain tengah Harimau Malaya, Daryl Sham mengakui persembahan pasukan kini menunjukkan trend peningkatan berterusan meskipun mengalami kekalahan 0-2 di tangan Thailand pada aksi di Stadium Rajamangala, minggu lalu.

"Prestasi kami di atas padang semakin meningkat. Walaupun tewas kepada Thailand sebelum ini, kami sedang membaiki setiap aspek permainan dan kami akan tampil dengan persembahan yang jauh lebih baik menentang Filipina nanti.

Mengulas mengenai peluang ke separuh akhir, Daryl optimis Harimau Malaya mampu melangkah lebih jauh sekiranya semua pemain memberikan aksi seratus peratus di atas padang.

"Saya yakin kami boleh mara ke separuh akhir jika kami melakukan yang terbaik menentang Filipina. Selepas itu, barulah kami akan fokus untuk bergerak ke langkah seterusnya," ujarnya.

Sebelum tumpas kepada Thailand, Malaysia berada pada prestasi terbaik apabila meraih dua kemenangan berturut-turut ke atas Laos dan Myanmar pada peringkat awal saingan kumpulan.

Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir.
 

Tiket aksi Malaysia-Filipina habis terjual​

3607837.webp


SAMBUTAN terhadap Harimau Malaya kekal hangat apabila tiket tempat duduk penyokong tuan rumah bagi aksi terakhir Kumpulan B Piala ASEAN 2026 menentang Filipina di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu malam habis terjual.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran di media sosial memaklumkan hanya tiket bagi tempat duduk penyokong pelawat masih berbaki dan boleh didapati menerusi laman tickethotline.com.my untuk perlawanan yang dijadual berlangsung jam 9 malam itu.

Sokongan padu itu hadir menjelang aksi penting skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang kini menghuni tangga kedua Kumpulan B dan memburu kemenangan bagi mengukuhkan peluang mara ke separuh akhir.

Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pusingan separuh akhir, sekali gus menjadikan pertemuan dengan Filipina medan penting buat Harimau Malaya melengkapkan kempen peringkat kumpulan.

Kehadiran penyokong dalam jumlah besar turut membuktikan Harimau Malaya masih mendapat tempat di hati peminat biarpun terdapat gesaan boikot daripada sebahagian kelompok penyokong berhubung isu pengurusan bola sepak negara.

Bagi FAM, sokongan di Cheras dijangka menjadi suntikan tambahan ketika Harimau Malaya memburu tiga mata penting dalam usaha meneruskan cabaran pada kejohanan berkenaan.
 

Filipina bukan lawan mudah​

3608576.webp

Cheng Hoe

KETUA jurulatih sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak melihat Filipina sebagai lawan mudah apabila kedua-dua pasukan berentap dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala ASEAN 2026 di Cheras malam ini.

Sebaliknya, Cheng Hoe menuntut anak buahnya mengekalkan disiplin serta fokus sepanjang 90 minit permainan bagi memastikan misi memburu kemenangan di Cheras dapat direalisasikan.

Mengakui tiada elemen kejutan yang boleh disembunyikan daripada Filipina, Cheng Hoe percaya pemainnya memahami cabaran yang bakal menanti dan perlu memberikan komitmen penuh untuk mendapatkan keputusan positif.

"Kami tahu beberapa pemain seperti Jimmy Raymond (pertahanan) mengalami kecederaan ketika menentang Thailand, jadi sudah tentu kami perlu mencari penggantinya.

"Dalam masa sama, Wan Kuzain telah menyesuaikan diri dengan baik bersama pasukan dan menunjukkan prestasi yang positif.

"Kami akan menilai sama ada mengekalkan kesebelasan sama atau melakukan sedikit perubahan," katanya pada sidang media praperlawanan pada Khamis.

Pertemuan menentang Filipina menjadi aksi penting buat Harimau Malaya selepas mengumpul enam mata hasil kemenangan ke atas Myanmar dan Laos, sebelum tewas 0-2 kepada Thailand dalam aksi terdahulu.

Tambah Cheng Hoe, barisan kejurulatihan juga sentiasa menilai keadaan pemain sebelum menentukan kesebelasan terbaik, terutama selepas beberapa pemain berdepan masalah kecederaan.

Ketika ini, Thailand menerajui carta Kumpulan B dengan sembilan mata, diikuti Malaysia dan Myanmar yang masing-masing mengumpul enam mata, Filipina (tiga mata) manakala Laos tercorot tanpa sebarang mata.
 

Gol Pavithran bawa Harimau Malaya ke separuh akhir Piala ASEAN 2026​

3609576.webp

Pavithran meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pada perlawanan Kumpulan B Piala Hyundai ASEAN 2026 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. Foto Bernama

SKUAD Harimau Malaya mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Kejuaraan Piala ASEAN 2026 selepas menewaskan Filipina 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Turun dengan misi wajib menang, barisan kendalian ketua jurulatih interim, Tan Cheng Hoe mempamerkan aksi bertenaga, disuntik sorakan padu penyokong berbaju hitam kuning yang membanjiri stadium berkapasiti 18,000 penonton itu.

Sorakan penyokong tuan rumah bergema pada minit ke-16 apabila hantaran Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal ke dalam kotak penalti disambut tandukan kemas G Pavithran untuk meletakkan Malaysia di depan 1-0.

Jaringan itu menyuntik semangat Harimau Malaya untuk terus menguasai permainan, manakala skuad kendalian Carles Cuadrat cuba meningkatkan tekanan bagi memburu gol penyamaan, namun gagal menembusi benteng tuan rumah sehingga tamat babak pertama.

Memasuki babak kedua, Filipina tampil lebih agresif dalam usaha menyamakan kedudukan, namun benteng pertahanan Harimau Malaya yang diketuai kapten Paulo Josue kekal kental untuk mengekang setiap asakan lawan.

Pavithran hampir menggandakan kelebihan Malaysia pada minit ke-85, namun gagal menyudahkan hantaran leret rakan sepasukan di hadapan gawang selepas gerakannya disekat pertahanan Filipina, Jaime Rosquillo.

Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat sekali gus menyaksikan Malaysia mengumpul sembilan mata untuk menamatkan saingan Kumpulan B di tempat kedua dan mengesahkan tiket ke separuh akhir bersama juara kumpulan Thailand yang mengumpul 12 mata.

Terdahulu, skuad Gajah Perang menewaskan Myanmar 2-0 dalam satu lagi aksi Kumpulan B.

Malaysia seterusnya bakal berdepan juara bertahan Vietnam, yang muncul juara Kumpulan A, dalam aksi separuh akhir secara timbal balik yang dijadualkan berlangsung pada 16 dan 19 Ogos ini.- Bernama
 


Kekecohan luar stadium cemar kemenangan Harimau Malaya

Zulfaizan Mansor


Tidak dapat dipastikan mengenai punca kekecohan itu berlaku, namun insiden di tepi jalan berhampiran kawasan stadium itu dipercayai tercetus susulan provokasi antara dua kumpulan penyokong.

Dalam kejadian itu, beberapa penyokong dilihat saling berbalas provokasi sebelum masing-masing membaling bekas minuman ke arah kumpulan lawan.

Kedua-dua kumpulan turut kedengaran mengeluarkan kata-kata kesat ketika ketegangan tercetus.

Bagaimanapun, keadaan terkawal dan tiada kejadian lebih buruk dilaporkan berlaku dalam insiden berkenaan.

Suasana kembali tenang tidak lama kemudian apabila penyokong mula bersurai dari kawasan terbabit.

Pada aksi terakhir Kumpulan B itu, Harimau Malaya menewaskan Filipina 1-0 untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan lebih 12,000 hadir menyaksikan perlawanan berkenaan.

Malaysia menamatkan saingan kumpulan di tangga kedua dengan mengumpula sembilan mata dan bakal berdepan juara bertahan, Vietnam pada aksi separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 16 dan 19 Ogos ini.

Artikel Berita Harian
 
Back
Top
Log in Register