Waaaaaa....
Thread RGCX dah makin menebal.
Based pada pengamatan aku...RGCX a little bit slow skang sebab kesan daripada VGMC dan GENNEVA GOLD.
Semua orang macam dah takut nak invest dalam GOLD dan mungkin juga yang dah banyak ilang duit dari VGMC.
Rate jualan kredit pulak merudum dari 3.1 kepada 2.8 dan ada ramai pihak masih cuba pertahankan rate 3.0.
Ada pihak mempersoalkan, bagaimana boleh berlaku lambakan kredit?
Katakan, kita amik contoh seorang jejaka bernama AHMAD join RGCX dengan melabur sebanyak 1500.
Kemudian dia berjaya mencari investor lain seramai 10 orang dan setiap sorang invest 1500.
Kiraan:
10 x 1500 = 15000
Komisyen direct sponsor = 1500
Dividen GOLD 0.1 oz = 150
Total profit = 1650
Dengan profit sebanyak 1650 ni, agak susah nak jual kepada upline dan orang lain melainkan kalau anda cari investor lain.
Ini kerana RGCX baru berumur 6 bulan.
Orang yang register dan subscribe EGTA pun tak ramai lagi.
Ada satu blog mengatakan RGCX telah mencapai 20000 ahli dalam masa 6 bulan.
Rasanya mungkin 50% sahaja yang subscribe EGTA.
Bakinya, mungkin sekadar daftar sahaja.
Disebabkan masalah nak jual kredit kepada orang lain, ada pihak membuat pilihan untuk withdraw direct dengan company.
Tindakan ini adalah tepat tapi wrong timing pulak sebab akaun bank RGCX masih belum bersedia sepenuhnya sehingga hujung bulan depan.
Jika difikirkan balik, kalau setiap orang yg invest dalam RGCX ni cuma dapat hasil 10% tiap2 bulan, masalah lambakan kredit tidak akan berlaku.
Kenapa?
Kerana, bayangkan downline AHMAD nak invest sebanyak 1500, AHMAD pulak dapat dividen gold 150 je sebulan.
Jadi AHMAD kene beli kredit dengan investor lain untuk mendapatkan baki 1350 supaya dapat register downline dia ni.
Maka berlaku lah jual beli yang sihat disini.
Jadi, adakah komisyen pairing dan direct sponsor ni boleh merosakkan process jual beli?
Jawapannya TIDAK kalau:
1. RGCX dapat menawarkan lebih banyak option withdrawal kepada ahli
2. Ahli baru bertambah. Duit komisyen dapat mengalir kepada orang baru.
Apa yang berlaku sekarang ni, nak withdraw dengan kompeni pun tak boleh dan mungkin disebabkan situasi pelaburan emas sekarang ni yang mengganggu pendaftaran keahlian baru.
Jika dikenang balik zaman swisscash dulu, jarang sangat orang withdraw melalui kompeni.
Hampir semuanya menjual dan membeli kredit secara maya dengan investor lain.
Swisscash wujud hanya beberapa bulan selepas kejatuhan 2 autosurf terbesar di dunia, 12Dailypro dan Studiotraffic.
Masa tu, swisscash tak famous pun...orang nak join pun takut sebab dah banyak rugi dalam autosurf.
Lebih kurang setahun lepas tu baru la swisscash mula berkembang pesat.
Aku dapat rasakan benda yang sama akan berlaku dengan RGCX....wait and see...
Ini sekadar pendapat aku je.... TAMMAT