Tuan,
Kami merujuk kepada e-mel tuan bertarikh 23 Ogos 2014 mengenai perkara di atas. Terima kasih kerana menyalurkan maklumat.
Kami ingin memaklumkan bahawa syarikat tersebut telah dimasukkan dalam Senarai Peringatan kepada Pengguna (Financial Consumer Alert) kami untuk mengingatkan orang ramai mengenai syarikat/individu yang tidak diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Sila ambil perhatian bahawa senarai ini adalah bertujuan sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM yang akan dikemas kini secara berkala untuk rujukan orang ramai. Sila dapatkan senarai tersebut di pautan berikut:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_financialconsumeralert&lang=bm
Untuk makluman, di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, adalah menjadi suatu kesalahan untuk seseorang individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing (forex) atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan untuk, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, selain daripada peniaga yang dibenarkan (authorised dealer). Di bawah Akta ini juga, adalah satu kesalahan untuk seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.
Kami juga ingin memaklumkan bahawa BNM hanya memberi lesen kepada semua bank, institusi kewangan dan pengurup wang yang berdaftar untuk menjalankan urusniaga dalam matawang asing. Sehubungan itu, individu yang terlibat dalam perdagangan matawang asing dengan syarikat yang tidak mempunyai lesen yang sah harus menanggung risiko kerugian jika sesuatu berlaku kepada syarikat berkenaan.
Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh didapati di laman sesawang BNM di pautan
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_hyperlink&pg=en_hyperlink_index&ac=57&lang=en
ni satu emel yg kawan aku diterima dari BNM pasal GWG....emel ni member aku yg sent kat aku...dia tanya sejauh mana GWG ni benar...dan ini lah jwapannya