BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Glc umno punya ke?

skang nih sebenarnya banyak badut dan tukang kipas dalam umno..tu pasala cakap dah banyak merapu meraban..
 
Aduhai...sebut pasal cukai nie, aku rasa baru je habih declare income tax bulan 4 lepas, ni, dah hujung tahun balik, nak declare and nak bayar cukai lagi...:((
 
dah umno tu parti pemerintah..dia yg pegang kerajaan..jadi otomatik GLC umno yg pnya.:D
 
Singkir anasir pembangkang di GLC
Abdul Rahim Sabri
Okt 16, 09
12:58pm
Kerajaan digesa supaya melakukan proses pemutihan terhadap syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) yang didakwa menyokong pembangkang.

Gesaan tersebut oleh wakil Wilayah Persekutuan, Yahaya Mat Ghani ketika membahaskan ucapan dasar presiden Umno di PWTC hari ini.

Beliau berkata, proses pemutihan itu penting penting untuk memastikan sokongan terhadap kerajaan dan Umno.

Ini kerana, katanya, terdapat di kalangan ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan dan kakitangannya yang menyokong pembangkang.

"Mereka membenarkan ceramah pembangkang dalam premis mereka sendiri.

"Berikan perhatian kepada ahli Umno yang setia kepada parti dan yang berkelayakan, agar dapat menjalinkan hubungan baik dengan GLC," katanya.

Yahya juga juga mendesak pucuk pimpinan parti untuk menimbang memberi pengiktirafan kepada ketua cawangan Umno di Wilayah Persekutuan.

"Dengan nada sedih dan kecewa terdapat kementerian dan agensi kerjaaan apabila ada surat daripada ketua-ketua cawangan, tidak pernah diendahkan dengan alasan politk tidak boleh masuk campur urusan kerajaan.

"Oleh itu saya harap lepas ini surat, pandangan dan tandatangan ketua cawangan diguna pakai," kata Yahaya Mat Ghani sambil menambah bahawa ia penting untuk memastikan sokongan mereka terhadap Umno.

Yahaya juga menasihati ahli Umno agar menunjukkan sikap yang kuat terhadap perjuangan Umno yang dillihatnya semakin longgar dan longlai.

Sehubungan itu, beliau mnecadangkan agar kursus-kursus kepimpinan diberikan kepada ketua-ketua cawangan untuk merapatkan hubungan dengan akar umni bagi menghadapi pilihan raya ke-13.

Beliau juga meminta kepada pucuk pimpinan pusat agar menyalurkan peruntukan berdasarkan kepada jumlah ahli di cawangan bagi menggerakkan usaha untuk menarik ahli baru dan menubuhkan cawangan baru.

Gilo apo!

Lantak la GLC tu nak buat apa...

Apa ingat Malaysia ni UMNO punya?

Hampeh! :(scam
 
nie yang mebuatkan orang menyampah dengan umno nie.....tak malu ...smua nak megaku dia yang punya.....sedar la..diri tu sikit......GLC tu hak rakyat malaysia x kira fahaman politik ......kerajaan=rakyat=GLC....bukanya kerajaan=umno=GLC...
 
dalam utusan malaysia hari ini muka 7 di bawah tajuk "Lindungi Hak Kerajaan"

Petikan sebahagian dari berita yang memaparkan ucapan penggulungan Dr Puad Zarkashi.

"Mereka kena faham konsep kerajaan hari ini, maksudnya, mereka tidak boleh sabotaj usaha kerajaan menggunakan GLC untuk tujuan politik dan sebagainya"

boleh jugak di baca sebagai memoketkan hasil GLC untuk kepentingan individu dan parti.
Nak kata apa lagi. takkan masih lagi nak bela parti yang samacam ini.
 
Back
Top
Log in Register