BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Girlfriend penuh mystery

Tq kerana ada yang beri nasihat.

Aku jumpa kawan2 jantan dia secara one to one, man to man talk. Duduk lama lah berbual cam kat old town. Dorang ni semua cakap dorang tak pernah dapat ngap dia, dorang cakap gf aku ni jenis susah nak makan. Dorang boleh tanya aku pulak macam mana aku boleh dapat makan dia? Macam mana dia boleh stay dengan aku lama? Selebih nya kita berbual pasal kes dia.

Masa baru2 kenal aku terpikir jugak ada kah dia ni nak kikis aku? Aku pun main peranan. Selama 6 bulan tu apa yang aku tengok dia ni cuba nak tolong aku maju kan bisness aku. Kerja keras jugak dia ni. Dah tu dia tak suka makan kat luar. Aku yang beriya iya ajak makan kat restaurant mahal. Dia ni suka masak. Masak sedap pulak tu. Sampai aku plan mungkin boleh bukak restoran ni. Bila aku tanya kat mana dia belanja, dia cakap kat kedai runcit mamak dengan kedai runcit melayu yang selekeh tu. Memang betul orang2 kedai tu memang kenal betul dengan dia macam kenal lama. Yang pelik nya orang2 kedai ni boleh cakap dengan aku, ni lah pertama kali dorang nampak yang pompuan aku ni ada bf, bawak bf jalan gi belanja kat kedai. Sorang jiran dia yang agak rapat pun pun cerita dia tak pernah nampak lelaki lain selain aku. Aku ni jadi tertanya tanya.

Dalam 6 bulan tu aku cuma beli kan dia satu kasut, satu baju yang 39 hinggit tu dan satu rantai mas putih untuk birthday dia. Aku tak nampak yang dia nak kikis aku. Kalau dia nak kikis baik dia ikut jantan2 yang aku jumpa tu, dorang tu kaya2.

Masa kat penjara aku tanya apasal dia buat benda salah tu? Dia cakap dulu tu dia tak peduli apa2. Tapi kes tu kes lama dia cakap dia dah tak buat lagi. Tapi aku tanya kenapa tak bagi tahu aku, kenapa tak berterus terang? Dia cakap dia tak mahu menyusah kan aku. Apa yang dia merepek aku pun tak paham. Dah tu cerita berpusing pusing.

Bila tanya bab lelaki2 ni. Dia cakap dorang ni takda apa2. Dia suruh aku jangan dengar cerita orang. Orang yang dengki dengan dia ramai. Tapi bila aku tanya apasal tak cerita pasal ada lagi jantan2 ni? Dulu dia cuma cerita bab ex bf dia, dua tiga jantan termasuk Datuk yang terhegeh hegeh tu. Dia cakap aku pun tahu dia memang jadi rebutan. Dia cakap memang ramai jantan nak dia.

Kemarin tu kat penjara dia cakap bila dia keluar dia nak nikah dengan aku. Dia nak buat betul2 dengan aku. Boleh percaya ke dia ni? Aku sekarang jadi ragu. Just for info dia ni mak bapak dia meninggal masa umur dia dalam 18/19 tahun. Sekarang tinggal adik beradik 3 orang jer.

dengor cerita ko dia enjoy just untuk seronok dan kepuasan diri... tgk pengorbanan dia macam ko cakap.. macam bagus budaknya dan boleh dididik lagi menjadi wnaita yg sempurna, cuma x bleh laa perubahan yg drastik....

sekarang nih terletak di tangan ko samada ko mampu mengubah dan mendidik dia kejalan yg betul... tuh semua terletak di bahu ko dan kalau ko betul2 nak sangat dia... ko anggap laa dia macam ko kawin dengan mualaf yg baru masuk islam... tak salah kalu bagi dia peluang kedua untuk perbetulkan keadaan dan dia pun berhak mendapat peluang untuk berubah...

cuma aku takleh nak judge lebih2 sebab org dah sayang, kentut pun wangi, apatah lagik awek ko tuh dah laa cantik.. aksi pun hebat... pandai memasak dan jaga makan minum plak tuh... cuba2 laa ko selidik betul2 dengan kawan2 dan adik beradik dia... ko solat istikaroh minta petunjuk jika ko mampu mengubah dia... ko amik laa dia bagi peluang kedua pada dia...

jika dah kawin nanti, perangai still sama... lepaskan dia elok2 untuk pengajaran sebab ko dah usaha...good luck bro... asuh dia..

bab cakap belit2, ko cakap kat dia.. apa ajer maslaah, rahsia dia, cerita lah biar ko tahu yg sebenar, jgn putar belit, konar sana sini, ko cakap laa ko nak dia cakap jujur walau berat pun nak terima...janji jujur tuh penting.. takyah pusing2... kalu dia terima.. ko bersyukur...

aku dulu2 laa kenal ramai kenal minah2 species camnih yg betul nak berubah dan dapat laki yg bleh bimbing, mana yg tanak berubah, tetap duduk melepak di disko2, pub2 jadi GRO ada, jadi pompuan simpanan pun ada...sebab dorang tanak berubah...
 
Boleh tahan criter2 budak zaman skrg...inilah belia 1 malaysia yg kita mahukan hehe
 
Bala kalau nak turun bila2 masa je, elok sama2 bertaubat.
 
ha laa... cari len je la...
kalau sayang gak, pimpin lah beliau ke jalan yang benar...
 
andaikata dia ditangkap kerana pelacuran,dadah atau ganja.sekiranya kau sayang kat dia.ko nikah la dgn dia.kalau dia tak nak,itu bukti dia masih tipu kau lagi.tiada orang sempurna dalam dunia.kau bimbing la dia.bagi dia peluang lagi sekali.sekurang kurangnya,kau dapat menyelamatkan seorang insan dr terjebak ke lembah hina.
 
x malu betul kau TT mengaku beromen ...
dah buat zina tu diam diam ajaaaala
aku paling benci orang dah buat slah pastu jaja sana sini..
BENGONGGGGGGGG
 
ini pestime aku dgr cite mcm dlm cite mat saleh..
adoyai..majunya mesia kita rupanya.

ingat mati bang..bila2 masa saja kita blh dipanggil.huhu.
 
Back
Top
Log in Register