BTC USD 62,947.4 Gold USD 4,300.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gilap ciri usahawan pada anak

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.JPG

DENGAN 25 penerbitan majalah berserta akhbar Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf (KMK) dikenali sebagai syarikat penerbitan unggul di bawah teraju penerbitnya, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Selok-belok bisnes penerbitan menjadi bidang kepakaran usahawan ini sehingga membolehkan KMK diiktiraf sebagai penerbit majalah Bahasa Melayu terbanyak oleh Malaysian Book of Records.

Beliau turut menerajui Ultimate Print Sdn Bhd, syarikat percetakan terbesar di Malaysia, selain Alaf 21 Sdn Bhd dan Buku Prima yang diiktiraf sebagai “trend setter” dalam dunia penerbitan novel.

Segala pengalaman untuk membangunkan KMK ini akan dikongsi oleh Hussamuddin dalam Konvensyen Inspirasi Usahawan Mingguan Wanita yang akan berlangsung 29 Jun ini.

Dalam konvensyen yang bakal diadakan di PWTC ini peserta yang hadir akan turut didedahkan dengan ilmu perniagaan yang mana menurut Hussamuddin dipacu oleh ibunya sendiri.

“Saya akan mengupas bagaimana karakter keusahawanan ini sebenarnya digilap oleh ibu saya sendiri iaitu Hajah Che Moh Haji Noh. Melalui beliaulah karakter usahawan ini terbina dalam diri saya.

“Hakikatnya seorang ibu boleh membentuk pelbagai karakter manusia. Malah suara hati seorang ibu sebenarnya boleh membentuk kejayaan anak. Sama ada anak ingin jadi seperti doktor, jurutera mahu pun ahli perniagaan, ibu bapa boleh melihat melalui karakter anak mereka itu sejak kecil,” ujarnya yang akan memberikan sharing tentang ' Wanita Membina Karakter Usahawan' dalam konvensyen itu nanti.

Sesuai dengan MW yang telah banyak membantu melahirkan usahawan wanita, Hussamuddin juga akan memberi penekanan tentang ilmu dan tip bisnes yang boleh dipraktikkan oleh para peserta.

Selain daripada pengasas KMK ini, Konvensyen Inspirasi Usahawan Mingguan Wanita akan turut menampilkan panel-panel yang hebat dalam bidang masing-masing iaitu pakar pemasaran terkenal, Dr Azizan Osman, pengasas kosmetik D’ Navechee, Datuk Azlina Abdullah, pengasas jenama fesyen muslimah Hajaba, Mona Din dan juga Pengasas Lunatots, Siti Norsuraya Mohamed Ali.

Bagi sesiapa yang berminat untuk sama menyertai konvensyen Inspirasi Usahawan Mingguan Wanita ini boleh terus hubungi Akhmal Haffies di talian 0172505721,Raul Mustaffa di talian 0136301836, Mohd Ariff Hashim di talian 0126276411atau hubungi terus talian hotline kami 03-51013861.

Setiap peserta di sediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan juga minum petang, beg cenderahati istimewa daripada Kumpulan Media Karangkraf berserta sijil penyertaan.
 
Tips :

1. Bila anda belikan anak anda burger, makan 16% aiskrim tersebut sebelum serah kat anak-anak. Cakap kat dia itu adalah untuk Cukai Servis dan Cukai Kerajaan. Kalau dia marah, tunjuk jari telunjuk kat dia, cakap "1Malaysia!" sambil senyum.

2. Kalau kasi duit sekolah, mintak balik 30% dari jumlah yang diberi. Contoh, kalau duit sekolah RM2, mintak balik RM0.60... ini cukai pendapatan.

Itu dua contoh untuk ajar anak2 jadi usahawan, lain kali aku kasi lagi.
 
tips usahawan berjaya tau pemimpin berjaya ni?...haha:)):))
 
Tips :

1. Bila anda belikan anak anda burger, makan 16% aiskrim tersebut sebelum serah kat anak-anak. Cakap kat dia itu adalah untuk Cukai Servis dan Cukai Kerajaan. Kalau dia marah, tunjuk jari telunjuk kat dia, cakap "1Malaysia!" sambil senyum.

2. Kalau kasi duit sekolah, mintak balik 30% dari jumlah yang diberi. Contoh, kalau duit sekolah RM2, mintak balik RM0.60... ini cukai pendapatan.

Itu dua contoh untuk ajar anak2 jadi usahawan, lain kali aku kasi lagi.

macam melatih jd baru UMNO je ni....:eek::eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register