BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gigit lidah dapatkan DNA penyerang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
London: Seorang wanita sempat menggigit lidah lelaki yang cuba merogolnya untuk membolehkan contoh DNA diambil bagi tujuan siasatan.
Adele Barber, 29, berkata, dia diserang Ferdinand Manila, 28, ketika melalui lorong yang sunyi untuk pulang ke rumahnya pada jam 5 petang, tahun lalu.
“Keadaan masih cerah dan saya tidak menyangka sesuatu yang buruk boleh berlaku. Alangkah terkejut apabila seorang lelaki tiba-tiba menolak dari belakang sebelum cuba mencium saya.
“Kejadian itu bukan kali pertama saya diserang, malah 10 tahun lalu pernah menjadi mangsa rogol. Disebabkan itu saya enggan mengalah dan terus menggigit lidahnya kerana tahu itu boleh digunakan sebagai bahan bukti,” katanya.

Akibatnya, hujung lidah suspek terputus dan dia berjaya menyelamatkan diri dengan cebisan organ berkenaan di dalam mulutnya.
“Saya terus berlari pulang dan menelefon polis sebelum memberitahu suami saya kejadian itu.

“Mereka menasihatkan saya memasukkan cebisan daging itu ke periuk yang bersih dan membawanya kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan.
Manila berjaya ditangkap dua bulan kemudian malah dia dikenal pasti menyerang seorang lagi wanita berusia 55 tahun pada hari sama.
Dia kini ditahan di hospital sakit jiwa tanpa had tempoh.

Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Barbara Mensah memuji keberanian Adele. - Agensi
 
sampai putus beb..
susah la laki tu nak bercakap lepas nih..
 
Back
Top
Log in Register