balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUANTAN: Kehilangan seorang pelajar perempuan tingkatan dua Maahad Tahfiz Pahang, Tanjung Lumpur, di sini, menimbulkan tanda tanya apabila dia dikatakan ‘hilang’ secara misteri dengan membawa sekeping kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya bersama sejumlah wang, manakala barangan peribadi lain ditinggalkan di asrama, kelmarin.
Lebih menghairankan, mangsa yang juga anak seorang pegawai kanan Jabatan Pelajaran Pahang dikatakan hilang sehelai sepinggang apabila meninggalkan dompet mengandungi dokumen peribadi termasuk MyKad dalam bilik asramanya.
Kehilangan mangsa, Zuhairatul Jannah Md Zulkifli, 14, dari Tanah Putih, Pekan, disedari rakannya apabila remaja itu tidak pulang ke bilik asrama selepas solat Subuh di surau sekolah, kira-kira jam 6.30 pagi.
Difahamkan, selepas dimaklumkan kejadian itu, pengurusan sekolah terus berusaha mencari mangsa di kawasan sekitar, namun gagal menemuinya sebelum membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, pada petang hari kejadian.
Seorang kakitangan sekolah memaklumkan usaha mencari remaja itu diteruskan dengan bantuan penduduk setempat bersama anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), namun hingga kini mangsa belum dapat dikesan.