ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
MENTAKAB - Seorang penduduk Taman Saga di sini menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) menyelesaikan masalah rumah kosong di sebelah kediamannya yang nyaris mengakibatkan rumahnya terbakar beberapa minggu lalu.
Akbar Mohd Ghani 35, berkata, sejak menyewa di rumah bernombor 48 Jalan Saga 14 enam bulan lalu, dia berhadapan masalah rumah kosong di sebelah rumahnya yang dipenuhi semak samun.
Menurutnya, dia tidak mengetahui siapa pemilik rumah tersebut yang dipercayai terbiar sejak 15 tahun lalu.
"Akibat lama terbiar, bahagian dalam rumah tersebut telah ditumbuhi sebatang pokok besar dan bahagian hadapan rumah yang terlalu semak.
"Beberapa minggu lalu juga semak samun dalam rumah ini terbakar dan nyaris melarat ke rumah saya, saya bersama jiran sempat padam api yang membakar pokok dan semak samun di hadapan rumah.
"Saya tidak tahu dibakar oleh siapa, hanya berharap rumah kosong ini segera dibersihkan kerana saya juga bimbang menjadi sarang binatang berbisa," katanya.
Akbar berkata, dia telah melaporkan masalah yang dihadapi kepada Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) namun belum ada tindakan sehingga kini.
Menurutnya, dia sendiri tidak tahu kepada siapa masalah itu perlu di adu tetapi berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menghubungi pihak yang berkaitan.
"Saya juga berharap PBT dapat mengesan pemilik rumah ini dan minta kerjasama pemilik rumah untuk membersihkan kawasan rumahnya yang menjadi semakin tidak terurus sekarang," katanya.
Akbar berkata, di lorong 14 sahaja terdapat banyak rumah tidak berpenghuni dan dikhuatiri menjadi tempat pembiakan binatang berbisa, nyamuk dan juga sarang penagihan dadah.
"Saya harap tindakan segera pihak berkuasa mengatasi masalah ini," katanya.