ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
SINGAPURA - Singapura menggesa Indonesia mengambil tindakan muktamad terhadap kebakaran hutan di Sumatera yang mengakibatkan jerebu di dua negara jirannya termasuk Malaysia, semalam.Setakat ini, kualiti udara di Singapura berada pada paras tidak sihat dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebanyak 130 menjelang tengah hari dan 321 pada hari sebelumnya.
Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Vivian Balakrishnan berkata, pihaknya mahu satu tindakan muktamad diambil oleh Indonesia berhubung perkara itu.
Vivian menegaskan, tiada negara atau syarikat perbadanan mempunyai hak untuk mencemarkan udara dan mengganggu kepentingan rakyat di negara itu.
Singapura juga dilaporkan, menghantar wakil untuk menghadiri mesyuarat membincangkan isu jerebu dengan Kementerian Luar Indonesia di Jakarta.
Sementara itu di Indonesia, Menteri Luarnya, Martu Natalegawa berkata, negara-negara Asean seharusnya bekerjasama menangani masalah jerebu dan menghentikan tindakan menyalahkan Indonesia.
"Kita perlu menggunakan pendekatan kerjasama rakan serantau dan bukannya meletakkan kesalahan itu pada pihak lain. Lebih baik bersama-sama menyelesaikan masalah pencemaran udara ini," katanya dalam satu sidang media. - BangkokPost