BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gerudi dinding rompak emas

-pojie-

CG Top Poster Club
gem
Messages
21,035
Joined
Oct 29, 2008
Messages
21,035
Reaction score
57
Points
130
ne_07.1.jpg


KLANG - Sekumpulan perompak menggerudi dua buah kedai sebelum berjaya melarikan sejumlah barangan kemas yang disimpan dalam sebuah peti kebal di sebuah kedai emas di Jalan Pos Baru di sini semalam.

Kejadian itu disedari pada pukul 10 pagi ketika tauke kedai emas yang mahu memulakan perniagaan mendapati pintu bilik yang menempatkan dua buah peti kebal berisi barangan kemas terkunci dari dalam.

Setelah pintu bilik tersebut dipecahkan, tauke kedai emas itu terkejut mendapati satu daripada dua buah peti kebal yang diperbuat daripada simen konkrit berlubang.

Di dalam bilik itu, ditemui dua batang kuku besi, dua unit lampu suluh dan seunit bateri kereta. Kesemua barang itu dipercayai digunakan oleh kumpulan perompak untuk merompak barangan kemas di kedai tersebut.

Bagaimanapun, nilai kerugian belum dapat dianggarkan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Deputi Supritendan Beh Eng Lai berkata, siasatan awal percaya rompakan tersebut dilakukan lebih daripada dua penjenayah pada waktu tengah malam selepas semua kedai-kedai berdekatan ditutup.

Menurut beliau, sebelum masuk ke kedai emas itu, suspek terlebih dahulu memecahkan pintu belakang sebuah kedai kosong.

Penjenayah itu kemudian menebuk dinding di kedai itu sebelum suspek masuk ke dalam sebuah kedai telekomunikasi yang terletak bersebelahan kedai emas.
 
perompak mcm ni lah bagus,x mencederakan sesape,jika ramai lagi perompak mcm ni negara akan lebih maju lagi akekekekeke
 
perompak mcm ni lah bagus,x mencederakan sesape,jika ramai lagi perompak mcm ni negara akan lebih maju lagi akekekekeke

boleh mencapai sasaran negara maju 2020 la yer :))
 
ini lah di namakn perompak penuh bergaya..:))
 
Ni mcm dlm filem nye rompakan ni.Apelah diorg tgah buat skrg gaknye pas dpt 1peti besi mas..heheee
 
Ni mcm dlm filem nye rompakan ni.Apelah diorg tgah buat skrg gaknye pas dpt 1peti besi mas..heheee

enjoy arr hasil rompakan tu bermandikan emas berlian hehehehehe
 
Back
Top
Log in Register