BTC USD 83,337.4 Gold USD 4,148.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gerhana Bulan Pagi Ini

awan la..
tak nampak mcm gerhana pun lagi..
ke aku yg silap..?
 
hmm..dpan umah aku ni mat rempit tgh begasak2 racing...
bulan pun takut nak kuar
 
hurmmmm

bulan??

tiap2 bulan mesti bulan datang melawat...

bukan fenomena lua biaser da..........
 
thnks tuan tanah...klau tak info ko tak dpt akuh tgk gerhana..nih 1st time akuh nmpak...
 
1. Mandi sunat gerhana, sepertimana mandi sunat hari Jumaat. Ia dilakukan sebelum melaksanakan solat sunat gerhana.
Ada dalil yang sahih tak untuk amalan ni? Kalau ada, saya nak tahu sebab setakat yg saya baca, tak jumpa lagi saranan untuk mandi sunat. Kalau ada, harap dapat kongsi.
Tapi setahu saya, dari kebanyakan hadits2 pasal solat gerhana, tak ada nyatakan Rasulullah mandi sunat dulu sebelum buat solat gerhana. Wallahu 'alam.

---------------

Gerhana dah start dalam kul 3.30 pagi tadi. Aku kat JB.

Sesiapa yang belum buat solat sunat gerhana bulan, buatlah. Benda ni tak selalu berlaku. Rasulullah, apabila berlaku gerhana matahari atau bulan, baginda biasanya akan melakukan solat sunat secara berjemaah. Tapi nak buat sendirian pun boleh, tak ada masalah. Tapi lagi bagus kalau berjemaah untuk mengikut sunnah Rasulullah.

Gerhana ni akan tamat dalam 6.30 pagi gitu rasanya. So, skang 4.30, ada masa lagi la nak buat solat sunat (solat ini dilakukan sampai habis kejadian gerhana).

Cara buat solat sunat ni adalah 2 rakaat, tapi setiap rakaat dilakukan dua kali rukuk. Bilangan sujudnya sama sahaja seperti solat biasa.

Rakaat Pertama:

Baca macam biasa, tapi qiam dilamakan sikit (baca surah panjang). Kemudian rukuk. Rukuk ni, dilamakan. Kemudian, bangkit dari rukuk (baca sami'allahu liman hamidah sahaja). Dan baca lagi ayat2, tapi lebih pendek sedikit daripada ayat sebelum ini. Then, rukuk balik. Rukuk kali ni lebih pendek sikit tempohnya berbanding rukuk yang pertama tadi. Kemudian, bangkit dari rukuk (baca sami'allahu liman hamidah, rabbana wa la kal hamdh) dan kemudian sujudlah macam biasa. Kemudian, bangkit dari sujud dan duduk di antara dua sujud mcm biasa. Kemudian, bangkitlah seperti biasa untuk ke rakaat kedua.

*Sentuh bab sujud ni, ada hadits yang menyatakan Rasulullah pun melamakan sujudnya. Maka digalakkan perlamakan sujudlah.

Rakaat Kedua: Sama seperti rakaat pertama.

Apa pun, cara2 di atas adalah kalau mengikut cara Rasulullah. Kalau tak mampu baca surah yang panjang, bacalah apa yang mampu. Dan surah apa yang dibaca? Terserah. Tak ada ketentuan surah tertentu. Cuma yang dinyatakan ialah, berdiri yang lama, bermaksud, panjangnya bacaan ayat Al-Qur'an. Dan penting dinyatakan di sini, kalau boleh bacaan adalah dijaharkan (dikuatkan sikit).

*Kalau buat solat ni secara berjemaah, disunatkan membaca kutbah.

Tujuan solat sunat ni adalah untuk menyatakan kebesaran Allah. Fikirkan, kalau Allah tak ganjakkan dah bulan dan matahari, kita akan bergelap lah, kemudian bumi ini akan terjadi macam2 kejadian macam kesejukan atau panas terlampau. Seterusnya, hancur... Maka, kita wajiblah berserah diri kepada Allah, memohon ampun kepadanya dan memuji muji kebesaranNya.

Hukum solat sunat: Jumhur ulama' mengatakan ia sunat muakkad. Ada juga yang kata wajib. Tapi pendapat yang lebih kuat adalah sunat sahaja.

Niat? Mudah sahaja. Cukuplah niat di hati seperti kata Imam An-Nawawi dalam mukadimah kitabnya Riyadus Salihin. Niat dalam hati bermaksud, kalau anda terdetik di hati untuk solat gerhana bulan, maka itulah dia niat.

Untuk menambahkan lagi kefaham korang semua, aku nyatakan satu hadits yang menyatakan cara Rasulullah buat solat ni. Banyak versi hadits sebenarnya. Tapi cukup satu sahaja iaitu Riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

"Telah terjadi gerhana matahari pada masa hidup Nabi SAW. Maka Nabi SAW keluar ke masjid lalu orang ramai berbaris di belakangnya. Beliau lalu bertakbir dan membaca bacaan yang panjang, kemudian beliau bertakbir dan lantas rukuk dengan rukuk yang panjang, kemudian beliau membaca sami'allahu liman hamidah. Kemudian, beliau bangun dan tidak bersujud lalu membaca bacaan yang panjang tetapi kurang daripada yang pertama tadi. Kemudian beliau bertakbir lalu rukuk lama sekali, tetapi kurang daripada rukuknya yang pertama tadi. Kemudian beliau membaca sami'allahu liman hamidah, rabbana wa la kal hamdh.

Kemudian beliau bersujud dan kemudian membaca dalam rakaat kedua seperti itu juga sehingga genap empat rukuk dan empat sujud, dan teranglah matahari sebelum beliau selesai bersolat. Kemudian beliau bangun berdiri lalu memuji Allah sebagaimana sepatutnya, dan kemudian beliau bersabda: Matahari dan bulan itu adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah, kedua-duanya tidak menjadi gerhana kerana kematian seseorang dan bukan juga kerana hidupnya, maka apabila kamu melihatnya, hendaklah kamu segera mengerjakan solat".

(HR Muslim dan Bukhari)

Amalan2 tambahan selain solat: Berzikir, berdoa banyak2, baca Quran dan apa sahaja amalan lain. Kalau mandi sunat tu, hmmm, aku tak pernah baca lagi mana2 ulama yang menyarankannya. Wallahu 'alam. Better tak buatlah kalau tak ada dalil yang sahih.

Nota Kaki:

Kusuf: Gerhana Matahari
Khusuf: Gerhana bulan

Oklah semua, aku nak gi tengok bulan lak. Rasanya dah nak penuh kot gerhana. :)

Mana yang salah kat atas, sila perbetulkan. Aku bukan ustaz, tapi hanya tolibul 'ilmi sahaja. Pasti ada yg salahnya..

Wassalam.
 
Last edited:
"Telah berlaku gerhana matahari, maka Rasulullah SAW lalu bangun
bersolat dan bersabda: Apabila kamu melihat yang demikian itu,
maka hendaklah kamu segera mengingati Allah, berdoa kepadaNya dan
beristighfar kepadaNya
".

(HR Al-Bukhari dan Muslim)

"Bahawasanya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda
kebesaran Allah. Ia tidak terjadi kerana kematian seseorang kamu
dan tidak juga kerana kehidupannya. Maka apabila kamu melihat yang
demikian itu, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, bertakbir,
bersedekah dan bersolat
".

(HR Al-Bukhari dan Muslim)
 
mcm mana lak kalau tempat lain yg tak kena gerhana bulan ni..?
 
Back
Top
Log in Register